Diamond Trevally

The Indian threadfish, Alectis indicus, (also known as the Indian threadfin, diamond trevally, mirror fish and plumed trevally) is a large species of coastal marine fish of the jack family, Carangidae. The species is widespread in the waters of the tropical Indo-West Pacific Ocean, ranging from east Africa to India, Asia, Indonesia and Australia Adult fish tend to inhabit coastal waters over reefs down to 100 m in depth, while juveniles inhabit a variety of environments including estuaries and seagrass beds. The Indian threadfish is similar to the other two species in the genus Alectis, with a slight concavity in the profile of the head the most obvious distinguishing feature. It is a large species, growing to 165 cm and 25 kg in weight. The species is carnivorous, consuming fishes, cephalopods and crustaceans.

Sunday, May 5, 2013

Tenggol Masih Bersinar





Tarikh Kejadian : 13hb - 15hb April 2013
Lokasi : Sekitar Pulau Tenggol, Dungun

Ahlul :-

1) Yan
2) Aran
3) Ami
4) Kudin
5) Midi
6) Bro Mie
7) Apit
8) Rakent
9) Nuar
10) Kawan Nuar


Aku booking bot untuk trip ni pada hari raya puasa tahun 2012, korang bayangkan lah betapa susah bebenor nak dapat kan tekong tersohor ni, asik penuh je memanjang, walaupun aku kenal rapat dengan pengusaha bot ni tapi asik kena pangkah jer last minute..kekekeke, ermm ntahlah sekarang ni ramai juga kaki pancing yang ada di Malaysia ni, bertuah lah sesiapa yang ada bisnes dalam bidang ni. Industri domestik pelancongan dalam kategori memancing agak meningkat kebelakangan ini. Tidak kira peringkat umur atau dari negeri mana bahkan dari luar negara sanggup datang kesesuatu tempat untuk memenuhi kehendak hobi masing2. Di Malaysia pula sehingga kan tidak cukup kemudahan seperti bot untuk menerima tempahan pada waktu atau tarikh yang dianggap "musim ikan" tapi tak juga ada pemancing "tegar" yang sanggup tempah bot pada waktu yang kurang sesuai untuk turun kelaut, janji leh tido dalam bot, kata deme lerrrr, huh ! seriau deme ni..kekekeke. Perniagaan dalam bidang memancing bukan hanya tertumpu pada pengusaha bot sahaja, cuba kita lihat dan pergi ke kedai2 yang menjual barang2 keperluan memancing, waduh pakkkk kadang2 sesak daaaaaa..dan time tu kita nak beli barang keperluan seperti mata kail yang sesuai pun habis dijual sehinggakan terpaksa tunggu stok akan datang. bayangkanlah tetang perkara yang aku citer ni, "errrr perghhhh gila lahhhh".. ok kita sambung balik citer bab trip ni lakk

Kenapa aku bagi tajuk "Tenggol Masih Bersinar" sebenarnya ada sebab bukan hal matahari tak pancar cahaya kat sana ker apa ker...ini kisah hasil laut sejak beberapa tahun kebelakangan ini dari tahun 2009 - 2011 tidak memberansangkan, setakat sekitar 50kg hingga 100kg sahaja, kadang ikan yang gred A/B susah diperolehi disitu oleh pemancing yang memancing di sekitar Pulau Tenggol. aaaaa aku nak start puji sikit orang2 yang ada dalam kerajaan negeri atau LKIM serta pihak berwajib yang pandai buat kerja, bagus aku bagi A++ sebab apa diorang telah melakukan beberapa inisiatif untuk pembiakan habitat dikawasan tersebut dengan menambah tukun2 tiruan dan menenggelamkan (12 buah bot) *fakta tidak pasti tapi mengikut kata operator bot memang ada* di sekitar kawasan terumbu karang atau sekitar kawasan Pulau Tenggol, dengan ini pembiakan habitat ikan akan memberi impak yang luas dan akan terus menambah ikan yang bernilai tinggi serta terus mendominasi dikawasan tersebut. Perkara yang lebih bagus adalah bot2 pukat memang dilarang sama sekali menghampiri kawasan tersebut begitu juga dengan bot2 membawa pemancing, hanya beberapa kawasan sahaja yang boleh dihampiri dalam masa2 tertentu. Ini sudah tentu menjamin kelestarian habitat disitu tidak terganggu atau terjejas.

Trip kali ini melibatkan 10 orang pemancing, majoriti adalah orang baru yang belum pernah memancing diperairan Dungun atau sekitar Pulau Tenggol.  Kami 8 orang bergerak dari K.L pada jam 11.00 malam bersamaan hari Jumaat 12hb April 2013. Manakala 2 orang lagi telah tiba awal pagi Jumaat kerana bergerak dari Kuala Kubu ke Dungun sehari awal sebelum menaiki bot. Sebanyak 5 buah kenderaan digunakan dengan partner masing2 dengan niat boleh penuh kan booth kereta dengan hasil...muahahahahaaa bijak2...kekekeee.

Tepat jam 4.50 pagi hari sabtu kami tiba di Dungun, kami makan dan berehat di Teluk Lipat serta melelapkan mata di wakaf yang terdapat disitu sebelum menaiki bot pada jam 10 pagi. Jam 7 pagi kami bergerak ke Pasar Dungun. Selepas mandi kami bersarapan dan meeting terakhir kami adakan atas sebab ada beberapa planning asal akan berubah dan perubahan planning itu telah kami sepakat menyetujui nya, ini aku kagum kesepakatan kami, tiada yang membangkang semua setuju yang dicadangkan. Seterusnya kami bergerak ke jeti Sg Buaya yang tidak jauh dari pasar Dungun. Bot telah sampai kami terus memulakan memunggah barang2 keperluan dan makanan kedalam bot.Tepat jam 10 pagi, kami bergerak ke destinasi pancingan, lain-lain perkara yang tak syok aku tidak sebutkan disini biarlah menjadi asam garam kami sebagai penyewa dan pemancing tegar yang tidak memikirkan perkara yang negative sebab nya itu akan membuatkan kami tidak gembira sewaktu kami memancing. Kami awal2 telah pasang niat untuk memancing dan menghilangkan tension bekerja yang selama ini telah sarat ditanggung, takpayah lah nak berat2 otak nak memikirkan perkara yang tak syok tersebut, janji perkara itu boleh ditukarkan dengan perkara yang lebih kurang sama jer.

wokehhh, layan gambor2 pula...thanks to Apit, sebab ada beberapa gambar dari kamera beliau yang aku post kan disini.



 
Hujan dan ribut mengiringi perjalanan kita orang. Walaupun keadaan permukaan air kadang2 kucah dan kadang2 tenang tetapi arus dibawah memang laju tidak pernah slow sehingga hari ketiga kami memancing, rata2 kami menggunakan batu ladung size 26 (bulat), 620, 720 dan 820.


First ikan ebek yang dinaikan, rata2 di lubuk ini memang mega2 ikannya ada yang rabut, dan putus mainline. Nak buat macam mana takda rezeki, Lain Kali Lah pangkah kat port ni lagi..kekekeke



Lubuk karang berbunga2 dengan ketinggian 1 ke 3 meter, kedalaman air hampir 50 meter. Kebanyakan nya kami memperolehi hasil ikan karang seperti kerapu, ketarap, tambak, jemuduk dan asoh yang bersaiz dinner plate.



Ami dengan Tambak dinner plate, bleh lah ni,,sedap wooo masak kari...keh keh keh keh


Kudin dengan cermin mega nya, payah benor nak dapat saiz ni trip yang lepas, tapi trip kali ni ramai yang dah kena masuk bakul..hehehe


Lubuk merah pucat yang dulu banyak mendominasi sekitar beberapa tahun dahulu dan 2,3 tahun lepas susah nak dapat kan sepesis ni, sekarang ni beliau telah kembali mendominasi lubuk2 yang terdapat di Pulau Tenggol.


Aran dengan ikannya. Lubuk merah celoreng pun ada sekarang ni, wahhhh best2 pelbagai sepesis yang hadir disini.

Kudin menggayakan aksi geram..wakakakaka


Apit dengan janahak mega. Lubuk jenahak, tidak dinafikan ada terdapat beberapa lubuk disni memang lah tempat atau rumah2 beliau ni, memang besttt woooo...aku jer tak berpeluang asik masuk lubang jer sangkut nyampahhhh...grrrrrrrrrrr

Sekarang ni kalau nak layan cupak tak yah gi jauh, Tenggol pon sudah ada...lebih afdal kalu layan bersama jig...mantappppp


Hamidi dengan Ikan bonus iaitu Yu Kemejan, kalu dapat naik memang saiz2 gini lah yang naik. ikan ni berharga kalau saiz kat atas ni dalam sekitar RM 250.00. Sudah 2 kali dapat ikan ni sepanjang dalam 10 tahun trip yang aku sudah buat. layannnnn bhaiiii...kekekeke




Nuar dan partner sebelah kiri kanan naik...sudah kena penangan Ebek...layannnn bhaiiii, sebelum tu 2, 3 kali putus dan rabut....kekekekekekee biasa ler kalau kaki mancing ni nak kaber sal putus mesti kata ikan mega tu lost control...muahahahahaaa.



Sesi bergambar sebelum masuk kabin...hehehehhee takpa beb first time, janji mega sudah layan punyaaaa...



heheheheheee....


Gempak town japppp oleh dua mamat ni kekekekeee.



Amik ler sekeping gambar group untuk kenang kenangan. bukan nya senang nak jumpa geng2 mancing ni, bila ada trip jer leh jumpa.
 


 Hasil terbaik setakat ini macam2 adooo.

  

Pembahagian hasil mancing dengan rakan2 dalam trip ni sama adil sama rasa, kalau ada yang terkurang, tersasul, terlebih, terkutuk tu harap mohon maaf , aku sebagai organiser hanyalah insan biasa kadang kala kita sudah planning untuk the best adalakanya ada sahaja dugaan dan cabaran yang menimpa. 

Aku ada beberapa inisiatif untuk mencuba ketengahkan lagi lubuk2 berpontensi dalam arena sport fishing, dalam kaji selidik aku mendapati terdapat spot atau lubuk2 yang boleh kita anggap sesuai untuk teknik casting, cer tengok gambor2 dibawah muka bumi yang terdapat di sekitar Pulau Tengol hampir sama dengan Pulau Sembilan yang terkenal dengan memancing dengan menggunakan gewang atau lebih dikenali dengan teknik casting, jigging dan popping. Di Pulau Tenggol ini aku rasa ada time2 yang sesuai untuk memancing dengan teknik ni supaya tidak bertembung dengan para penyelam kerana Pulau Tenggol adalah syurga bagi penyelam. Memang Pulau2 yang terdapat disini telah diwartakan sebagai Taman Laut jesturu itu aku rasa tak salah jika pihak berwajib memberi permit sementara mengikut masa2 yang sesuai sahaja untuk pemancing hanya menggunakan teknik sport fishing sahaja. Ini kerana dengan teknik ini bot2 yang membawa para pengcaster tidak berlabuh atau menurun kan sauh dengan ini tidak akan merosakan karang2 dan habitat ikan disitu. Ianya lebih selamat dan lebih praktikal.


 Potensi 1

  

 Potensi 2


 Potensi 3

  

Potensi 4

Potensi 5


Potensi 6


Potensi 7 dan 8


ok lah, tamat sudah citer trip ni, gambar2 yang terdapat didalam blog aku ni adalah hak persendirian jika aku terjumpa di mana2 gambar ini di "copy" atau disalahgunakan tanpa pengetahuan aku berhak mengambil tindakan yang sepatutnya.