Trip memburu spesis jenahak di Kelanang.
Ahlul terlibat :-
1) Kimi
2) Roslin
3) Aran
4) Ami
5) Yan The Reporter (biasa ler gambar aku masih takda lagi, jangan dicari)
Trip memburu jenahak ni telah dirancang dari tahun lepas lagi, disebabkan mencari tarikh hujung minggu yang bersesuaian dengan keadaan cuaca dan air pasang surut yang laut hampir tenang. Begitulah keadaan nya jika nak tempah dengan tekong yang akan keluar bot pada cuaca yang sedemikian rupa. ok lah malas nak bermukadimah panjang lebar sebab nya aku kumpau tu yang macam malehhh jer nak buat report...layan ler sinopsis dibawah...
Tarikh kejadian 26/2/2011, Sabtu jam 3 petang kami berlima bergerak dari K.L dengan Navara Kimi ke Jeti Pantai Kelanang, Selangor. Pusing sana pusing sini..haihhhh udah sesat ler gamaknya. Setelah beberapa orang kampung memberi plan jalan yang betul akhirnya kami sampai di jeti...
Guna GPS kalau nak cepat cari tempat, tapi "Where is Kelanang" takda dalam list GPS...hehehehehee
Jam 5 petang, selepas kami membeli umpan dan bekalan makanan, kami terus ke jeti dengan tanpa berlengah lagi segera memunggah barangan kami ke dalam bot, tekong sudah pun menunggu kedatangan kami disana. Agak lewat juga kami sampai, diatas ada beberapa faktor urusan kekeluargaan yang harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum pergi memancing. Biasa ler barang memasing macam nak buat penghapusan etnik, mana taknya bangla (kekili elektrik) pun dikerah bersama untuk memburu spesis ini....hanya aku dan Ami sahaja yang guna ABC (manual 2 speed) ni..layan ler gambor maleh taip panjang lebor (mood kumpau tak abih lagi).
Sesi memungah barangan dan peralatan didalam bot dan tiada undian tempat duduk kali ni....Kimi mengajak aku duduk dibelakang dan Roslin, Aran serta Ami duduk di depan.
Pemancing bot sebelah menegur kami... "alamak bateri...abis ler ikan"
Kimi tengah berdikusi setup untuk bangla Roslin...maklum lah dah setahun dia meninggal kan bangla nya dalam almari tanpa memberi nafkah yang sepatut nya....dan hampir lupa untuk memasang rod holder...hehehehehee cabottttsss...
Sesi untuk menyiapkan peralatan "karen" untuk penghapusan etnik, tengok tu tiga bateri dah ada tu...hehehehehee
"Adakah mereka dapat merabakkan mulut dan terjojolkan mata mangsa" jawapan nya "ya betul" keh keh keh keh keh keh, bak kata facebook "I LIKE"
kata-kata diatas hanya ilustrasi sahaja kerana peralatan sebegini memang sesuai memancing disini walaupun kedalaman hanya 40 ++ meter sahaja. Arus yang agak laju juga faktor utama memerlukan penggunaan batu ladung seberat sekilo...kalau tak guna batu berat tu ermmmm mana nak jatuh umpan tepat pada lubuk....aku jugak yang macam nak putus urat mengulung manual...hehehehehe
Saksikan lah panorama diwaktu senja dan sekitar kawasan tempat dituju dipenuhi dengan kapal2 kargo sebesar kapal angkasa..hehehehehe "dah macam memancing di pelantar minyak" kata Kimi.
Bot kami naiki terus ke barat tempat matahari jatuh menjadi pedoman. Bila ler nak sampai ni. Nampak tu deretan kapal2 angkasa melalui laluan kapal untuk penghantaran barang masing2. perghhh meriah kat situ pada malam hari dengan limpahan cahaya terang dari kapal2 tersebut.
Sebuah kapal melintasi kami dengan kelajuan minimum, bergoyang bot kami naiki dibuat nya kena alunan permukaan air dari kapal tersebut.
Ini lah spesis yang kami cari, bukan senang nak memburu spesis ini di sekitar perairan Selangor, kena tahu lokasi yang menjadi habitat spesis ini dahulu dan tekong haruslah mempunyai banyak pengalaman tentang lubuk2 atau rumah2 Jenahak yang terdapat disekitar serta umpan yang mujarab untuk menjerat.
Umpan sotong yang di candat pada malam hari adalah umpan "killer" bagi spesis ini lebih2 lagi dengan hanya menggunakan kepala sotong cukup untuk membuka selera si bantal emas ni.
Ami dengan aksi pertama berjaya mengekang larian si bantal emas dari lari menuju ke karang.
Kimi juga berjaya menaikan spesis ini dengan mudah hanya duduk diam sambil menolak strike panel...hehehehehehee tidak sampai 20 second mangsa dan muncul dipemukaan air....aku masih kumpau...
Roslin dengan spesis Merah yang jarang2 ditemui dilokasi ini telah pun menjadi mangsa bangla. Tengok tu mata ikan tu, terbungkang keluar akibat tekanan setahun tak turun laut. keh keh keh keh keh keh....
Ami lagi dengan aksi bertahan kerana kehabisan tenaga, akibat dari gulungan ABC yang tak sudah2. Kami menggunakan batu bersaiz 620 dan perambut sepanjang 2 - 3 depa untuk mendapatkan ketepatan jatuhan umpan ke lubang jenahak.
Ini lah hasilnya setelah berhempas pulas melayan larian sepesis ini, tengok tu batu mak datuk busat, kalu baling hanjing pun mati...kekekekekeee
Dengan gembiranya Ami posing dengan ikan. AKU MASIH KUMPAU. payah betul jadi reporter ni time tengah fokus kat pancing ada saja member yang tengah menarik ikan terpaksa berlari kiri kanan depan belakang bot mengambil gambar....hehehehehee boleh ker alasan ini terima....prenggggggggggggggg
Pada jam 5.00 pagi akhir nya Aran berjaya juga membanteras si bantal emas ni dan berposing dengan gembira...aku terus menukar strategi untuk memotong tang corner dan terus off camera malas nak amik gambar lagi terus tumpukan pada joran aku, tetapi tiba-tiba kena pulang awal hampehhhh.... "berenti mancing ler macam ni"..... sedetik hatiku berkata... heheheheheee
Ini adalah lubuk terakhir yang kami sempat memburu sebelum kami terpaksa pulang di sebabkan ribut angin selatan melanda disitu. Sepatut nya kami pulang pada tengahari Ahad tetapi tekong tak berani nak berada dipemukaan air yang bergelora serta hujan yang amat lebat dan sesekali air ombak yang tinggi masuk kedalam bot.
Setibanya kami dijeti keadaan cuaca amat tenang sekali, haihhhh mana ribut nya, dah tamat ker, nak jer aku bagi tau tekong soh pusing balik, tak puas hati bebbbbbb....tapi jangan melawan takdir jika bukan rezeki untuk kita, kita harus bersyukur selamat sampai dijeti, bagi yang tak biasa berjumpa dengan keadaan laut bergelora ni cuba2 lah pergi memancing, anda pasti seronok, heheheheee
Ok lah tamat sudah cerita ni...aku nak bertapa untuk membuang badi kumpau yang melekat didalam diriku.... outtttt....