Diamond Trevally

The Indian threadfish, Alectis indicus, (also known as the Indian threadfin, diamond trevally, mirror fish and plumed trevally) is a large species of coastal marine fish of the jack family, Carangidae. The species is widespread in the waters of the tropical Indo-West Pacific Ocean, ranging from east Africa to India, Asia, Indonesia and Australia Adult fish tend to inhabit coastal waters over reefs down to 100 m in depth, while juveniles inhabit a variety of environments including estuaries and seagrass beds. The Indian threadfish is similar to the other two species in the genus Alectis, with a slight concavity in the profile of the head the most obvious distinguishing feature. It is a large species, growing to 165 cm and 25 kg in weight. The species is carnivorous, consuming fishes, cephalopods and crustaceans.

Sunday, September 25, 2011

Dendam terbalas di Pulau Sembilan



 
Akibat dari kegagalan trip bulan lepas diatas beberapa faktor yang aku malas nak cerita apa sebabnya, kalau diceritakan juga ada yang sakit hati nanti, baik buat bodoh jer dan kita sebagai pemancing/penyewa boleh ambil "option" lain, lagi pun banyak perkhidmatan sewaan bot disana, tak kesah ler kes yang dah lepas tu. Kebetulan masa aku berada diatas Pulau Lalang, aku telah bertemu dengan operator bot yang dah lama aku tak jumpa..ha ha ha "bang lama tak nampak, apa cerita" setelah borak punya borak, aku bertanya sekarang bawa bot sapa ? dia jawab bla..bla...bla...dia kata lagi... tu bot dia pi ler tengok...dalam perhatian aku, bot memang best, agak luas dan banyak ada ciri2 yang aku suka...ok bang nanti saya call...yahoooooo
 
Tiga hari selepas kejadian yang tak best tu, aku telah menghubungi owner bot tersebut untuk menempah selama 24 jam, perghhhhhhh betul2 punya marah tu...wakakakkaaaa

Ok aku nak cerita pula kes kejadian pada tarikh yang kami "repeat" ke sana, zaaaaaaaaasssssssssss.


Tarikh kejadian pada 16 september 2011.

Ahlul terlibat :-

1) Zack
2) Apit (photog camera waterproof)
3) En. Suhaimi
4) Mr. Ong Seng Leong
5) Yan (photog sekejap jer bila hujan simpan ler sampai tamat trip)

Trip kali ni disertai oleh dua orang boss di tempat aku bekerja, akibat keracunan serta untuk membersihkan semak samun yang berada didalam kepala, mereka telah bersetuju menyertai trip kali ini.

                                                             

Pada jam 10.00 pagi hari kejadian kami berempat iaitu En. Suhaimi, Mr Ong, Zack dan aku telah bergerak ke Manjung, Perak manakala Apit pula akan bertemu kami disana. Tepat jam 3.00 petang kami berehat di Setiawan di rumah Mr Ong kebetulan kampung dia disana. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Jeti.

Malas nak karang panjang2 cer lihat gambor ler pulak...



Setibanya kami di Jeti kelihatan Apit telah berada disitu, haaa tengok tu punya ler busy ikat mata jig....


Zack berposing dengan baitcaster nya. Katanya biar patah kena ikan jangan patah kena karang...wakakakakaa



Setelah kelengkapan siap sedia untuk bertempur, Owner bot pon sampai iaitu Brader Ja'a. mesti korang kenal ha ha ha....sementara menunggu Brader Zamri kami memunggah barangan dan peralatan memancing kedalam bot.

Kami mengambil tempat masing2 dan memberi taklimat untuk apa yang bakal hadapi malam tu...tak semena-mena hujan turun dengan lebat nya...baru jer aku beritahu melihat ramalan kaji cuaca malam ni hujan turun sehingga pagi, apa lagi kami mula menyarung baju hujan, memang dah "standby" awal2. he he he



Hujan rahmat mengiringi permulaan ke spot mancing...mungkin petanda kami dapat banyak ikan...he he he


Operator bot pun dah sampai, apalagi moh ler pecut sebelum hari gelap, prenggggggggggggggggggggggg


Spot pertama sebelum pi kat spot mancing dasar, kelibat Apit, perghhhhhhhhhhhhh tak bleh tahannnnnnnnn. Selepas kejadian ini kami terus ke tempat bermain dasar rata2 kedalaman sekitar 70 - 85 meter. perghhhh dah ler arus laju, nasib baik aku dah bersiap sedia dengan kelengkapan senjata berat....hehehehehe

Jam 8 malam, keadaan hujan renyai2 serta alunan yang kuat maka kami dapat memancing sekitar 20 minit jer disitu, sotong cumit pon tidak kelihatan, maka melihat beberapa orang telah kecundang dan diatas nasihat operator bot kami blah pi tempat berlindung yang takda arus, adehhhhhh harapan target aku hampir musnah....melihat keadaan tersebut aku pun menyetujui nasihat tersebut....jommmmm

Kami berlindung di belakang pulau, tidak ler dekat dengan pulau, disitu banyak bot yang mengambil posisi masing2. Aku ni bukannya boleh dok diam sambil2 tu hulur ler sebatang joran casting aku dan berperambut cawangan satu, ladung saiz 3 dan mata saiz 1/0. Dalam borak2 ada jugak aksi yang mencuit hati,,,gelama lah pengubat rindu disaat tak boleh nak cari mama nya sebab nya keadaan dengan ketiadaan arus, mungkin ikan bersaiz besar tidak aktif disitu, sesi membahan pon bermula, 1 kosong, 2 kosong, 3 kosong aku bersama Apit...wakakakakaa last sekali dapat ler naik baby pari besaiz sekilo...jadiler dari takda buat apa..

Lebih kurang jam 1.00 pagi, Zamri memulakan tugasnya mencari sotong cumit untuk bekalan ke spot tadi, ada ler 2 ekor, tak banyak yang dapat malam tu. Setelah reda hujan kami pon beralih ke tempat mula lubuk dasar walaupun ada yang kecundang tapi aku nak kesitu juga, tekong kata, " ok ker ?" aku kata jom ler bang, sini ikan tarak ler...

Sampai nya di tempat tersebut aku, apit dan En. Suhaimi memulakan aktiviti membottom kekekekeee, sebabnya 2 lagi tak sihat badan katanya...heheheee dengan menggunakan kekili 2 speed aku menghulurkan perambut 3 depa, ladung saiz 720 bermatakail saiz 4/0 dan berumpankan kepala sotong katak. Sejam menunggu umpan tidak diragut kami menjamu selera dengan bekalan nasi ayam yang dibeli tadi. Apit yang dok bahagian belakang sudah senyap hanya loceng sahaja yang berbunyi. Walaupun pada malam itu bulan terang tapi tidak nampak kelibat bulan pun, mungkin telah dilindungi oleh awan tebal..ini menandakan hujan lebat  akan turun tak lama lagi...

Jam 3 pagi, hanya tinggal aku dengan tekong sahaja yang aktif, tiba tiba joran aku diragut kuat sehingga muncung joran berada dalam air, tekong jerit "joran kau, joran kau" aku yang baru nak membaringkan diri terus bangun dan menyentap sekali, terus melayan si "dungga" tersebut...perghhh kuat betul sampai gulung tapi tali tak masuk. aku ketat kan drag dan menggulung kembali, " si dungga" tersebut seakan2 menuju ker atas, sampai aku terpaksa gulung dengan laju tiba-tiba gulungan menjadi ringan..adehhhhhh lucutttttttt....puiiiii geram aku...tarak rezeki lagi....ermmmmmm

Jam 4 pagi, melihatkan keadaan arus yang terlalu kuat dan angin sejuk mula laju sehinggakan bot bergoyang agak kuat, dah tau dahhhh apa nak berlaku lepas ni, tekong bot terus ke spot berlindung. Aku pon memulakan persiapan baju kalis hujan dan mengambil port untuk tidur sebab dah tentu basah kuyub melihatkan bot yang tidak berbumbung. Hujan turun dengan lebat aku mengambil baju hujan jenis sarung untuk menyelubungi aku dan terus aku berbaring diam hanya yang aku dengar angin kencang dan hujan mencurah2 kat badan aku....layannnn sampai besok pagi.

Jam 7 pagi, kami pon memulakan aktiviti casting, popping dan jigging sampai petang, layan ler gambor hasil di bawah, mantappppppppppppppppp !!!!




Spot pertama iaitu Pulau Batu Putih, perghhhh banyak nya boiling, masing2 dok cast kat situ...bila kena jer menjerit2 woooooooooo....zassssssssss, pusssssssss...wakakakakkaaa dah kabor kalu set light weight tu jangan nak duga spesis yang bersaiz besor kat situ, memang kirim salam ler.....



Kat situ aku dapat seekor berskala 3 kg, yahoooooooo satu kosong..wakakkakaaa


Aku posing dengan baby GT.



Selepas tiada boiling kami blah pi tempat lain. Gambar diatas adalah spot paling best untuk jigging.





Akhirnya, Zack dapat seekor, Apit masih kosong...hehehehehe




Selepas itu barulah giliran Apit, dengan aksi ini katanya untuk bagi panas pada seseorang,,,cabottttttttttttsss




Tekong Zamri meneruskan ker port talang, haaaa nahhhhh amik ni....lepas dia, dia jer yang dapat.....




Lepas tu Zack pulak, aku kosonggggggggg..puiiii




Tempat yang didominasi oleh Ong,,wakakakaa,




Lepas tu kami take off ke Pulau Lalang untuk mandi dan berehat, kali ini tiada upacara masak memasak kerana baru first time naik bot ni, tak tahu service macam mana, lain kali kami akan buat buat upacara memasak kat atas pulau tu...




Action aku, fuhhhhhhh best best best, korang nengok apa korang rasa...heheheheee

Lubuk Madagascar, wakakakakaa jangan salah anggap aku suka2 taruk nama lubuk ni, tapi ada cerita pasal sebelum pi kat lubuk ni, hanya orang dalam trip ni jer yang tahu...wakakakakakaaa..lubuk ini terdapat batuan berbunga2 memang cantik dasarnya yang tak berapa dalam, baby2 ni ler yang suka dok bawah batu tu..memang syok bila gewang kena hentam...terkejut woooooo....

Disitu aku berjaya memperolehi 2 gt, 2 talang dan seekor baby kerapu kelin..kikikiiki dah aku cnr kang bagi besor...er er er banyak juga gewang aku berkubur kat situ...adoiiiiiiii



aku pulak starttttttttt...hehehehehe







Zack pulak.......




Sabar bang, walaupun putus, lucut banyak, jadikan pengalaman trip casting ni, next time kita pi lagi....heheheee








Apit dah kenaaaaa dahhhhhh.....muka ada gumbiraaaaa






Last spot, En, Suhaimi dapat 2 ekor Baracuda sirip kuning pengubat untuk trip kali ini....lepas tu kami balik ke Jeti, pasal semua dah letih, badan pon dah sakit dok dalam bot 24 jam....





Muka ada senyum bila nengok diorang bawa hasil ni...sebagai organiser sikit banyak berasa gembira bila buat trip orang akan senyum bila time balik, alhamdullilah lega rasanya, puassss hatiiiiiiiiii campur penat...wakakakakaa





Hasil, baby2...kikikikiii







Apit berposing baring dengan ikan2 di jeti....best best katanya.....









..dan kami berlima pun tidak ketinggalan merakam gambar bersama-sama.

Diharap jika ada kesilapan aku menganjur trip ni harap maafkan, kalau ada penambahbaikan sila beritahu, harap lain kali bleh buat lagi "The Best" 

Post mortem :-

Bot :  Scale 9/10
Operator Bot : 10/10
Makanan : 5/10