Trip ke Kuala Dulang, Kedah iaitu Tuas dengan harapan untuk memancing tenggiri. Lubuk ini memang tidak dinafikan kehebatan ikan tenggiri. Sumber lokasi lubuk ini juga kami dapat dari majalah pancing. Setelah kami selidiki tentang lubuk ini kami mendapat tahu salah seorang bapa saudara rakan kami mempunyai kawan disana. Kami pun diperkenal pada seorang tekong bot bernama Abg Wan. Dia menetapkan seramai 6 orang sahaja boleh mengikuti trip ini. Setelah persiapan dibuat dan tarikh ditetapkan oleh Abg Wan, kami pun berlepas dari Jeti dengan membawa 100 ekor udang hidup yang dibawa oleh tekong bot. Sebenarnya pada hari tersebut memang tidak sesuai untuk memancing disebabkan cuaca tiba tiba berubah angin yang laju dan laut kuat beralun. Oleh kerana kami telah sampai disana Abg Wan terpaksa juga membawa kami. Pada malam tersebut Abg Wan membawa kami kesatu lubuk yang dikenali sebagai "Tukun Kok' Tukun ini diperbuat dari Palung Kongkrit. Sampai disitu, labuhan umpan pertama kami direntap oleh ikan kerapu, memang meriah suasana jika tengah menarik ikan, ada yang mendaratkan jenahak dan ada juga yang tidak boleh menarik ikan naik ke permukaan. Suasana dilaut ketika itu memang bergelora, ada yang mabuk teruk dan juga basah kuyub disebabkan bot tidak mempunyai tebing yang tinggi. Belum puas kami menarik ikan disitu, kami hanya sempat memancing dilubuk tersebut untuk beberapa jam sahaja kerana sauh bot telah putus disebabkan arus dan ombak beralun terlampau kuat. Abg Wan membawa kami dilokasi Tuas dengan mengikat bot pada buluh yang ada disitu. Disitu kami tidak mendapat apa apa hasil cuma beberapa ekor ikan kembung dan cencaru sahaja dengan menggunakan teknik apollo. Malam itu peristiwa yang menjadikan kami tidak lupa iaitu kawan kepada tekong bot terjatuh didalam laut kerana ombak yang menghempas bot terlalu kuat. Dia hampir hanyut dan juga bernasib baik, seluruh badan berada didalam laut hanya tangan sahaja yang berpaut pada bibir bot. Pada keesokan pagi kami cuba casting dengan menggunakan Spinner berumpan ikan kembong tetapi tiada tenggiri yang sudi menjamah umpan kami. Menurut kata Abg Wan waktu itu ikan tenggiri memang takda disebabkan cuaca tiba tiba berubah. Kami pun pulang dengan seribu kehampaan tapi kami mempunyai azam untuk kembali lagi disitu lagi.
Tuesday, October 13, 2009
Geng pi serang Tuas pulok .....kumpau berderet deret
Trip ke Kuala Dulang, Kedah iaitu Tuas dengan harapan untuk memancing tenggiri. Lubuk ini memang tidak dinafikan kehebatan ikan tenggiri. Sumber lokasi lubuk ini juga kami dapat dari majalah pancing. Setelah kami selidiki tentang lubuk ini kami mendapat tahu salah seorang bapa saudara rakan kami mempunyai kawan disana. Kami pun diperkenal pada seorang tekong bot bernama Abg Wan. Dia menetapkan seramai 6 orang sahaja boleh mengikuti trip ini. Setelah persiapan dibuat dan tarikh ditetapkan oleh Abg Wan, kami pun berlepas dari Jeti dengan membawa 100 ekor udang hidup yang dibawa oleh tekong bot. Sebenarnya pada hari tersebut memang tidak sesuai untuk memancing disebabkan cuaca tiba tiba berubah angin yang laju dan laut kuat beralun. Oleh kerana kami telah sampai disana Abg Wan terpaksa juga membawa kami. Pada malam tersebut Abg Wan membawa kami kesatu lubuk yang dikenali sebagai "Tukun Kok' Tukun ini diperbuat dari Palung Kongkrit. Sampai disitu, labuhan umpan pertama kami direntap oleh ikan kerapu, memang meriah suasana jika tengah menarik ikan, ada yang mendaratkan jenahak dan ada juga yang tidak boleh menarik ikan naik ke permukaan. Suasana dilaut ketika itu memang bergelora, ada yang mabuk teruk dan juga basah kuyub disebabkan bot tidak mempunyai tebing yang tinggi. Belum puas kami menarik ikan disitu, kami hanya sempat memancing dilubuk tersebut untuk beberapa jam sahaja kerana sauh bot telah putus disebabkan arus dan ombak beralun terlampau kuat. Abg Wan membawa kami dilokasi Tuas dengan mengikat bot pada buluh yang ada disitu. Disitu kami tidak mendapat apa apa hasil cuma beberapa ekor ikan kembung dan cencaru sahaja dengan menggunakan teknik apollo. Malam itu peristiwa yang menjadikan kami tidak lupa iaitu kawan kepada tekong bot terjatuh didalam laut kerana ombak yang menghempas bot terlalu kuat. Dia hampir hanyut dan juga bernasib baik, seluruh badan berada didalam laut hanya tangan sahaja yang berpaut pada bibir bot. Pada keesokan pagi kami cuba casting dengan menggunakan Spinner berumpan ikan kembong tetapi tiada tenggiri yang sudi menjamah umpan kami. Menurut kata Abg Wan waktu itu ikan tenggiri memang takda disebabkan cuaca tiba tiba berubah. Kami pun pulang dengan seribu kehampaan tapi kami mempunyai azam untuk kembali lagi disitu lagi.
Geng Mancing serang Perairan Kuala Rompin
Bermula dengan berbual kosong akhirnya menjadi kenyataan apabila kami dari beberapa ahli Geng membuat persetujuan ingin menduga di perairan Endau Rompin. Kami belum pernah kesana lagi. Dengar cakap cakap orang boleh tahan juga hasil disana. Setelah mendapat nombor telefon dari rakan kelab lain salah seorang dari kami terus menghubungi tekong bot yang dikenali dengan Pak Ali. Tekong sendiri memberi kami tarikh 07/07/07. Kami semua bersetuju dan membincang persiapan makanan, pengangkutan dan umpan.
Pada malam 06/07/07 iaitu hari jumaat tepat jam 11.00 malam, kami bertolak ke Endau Rompin melalui lebuh raya Pantai Timur. Apabila sampai disempadan Gambang/Kuantan kami berhenti untuk membeli umpan udang hidup yang telah kami tempah pada hari sebelumnya. Setibanya di Jeti LKIM Endau Rompin jam 8.00 pagi, kami lihat bot-bot nelayan laut dalam sedang memunggah hasil laut untuk dipasarkan. Banyak jugak hasil yang mereka perolehi.
Kami terus ke Bot Pak Ali yang telah sedia menunggu kami dengan enjin telah dihidupkan. Kami terus dibawa ke unjam yang pertama. Disitu kami cuma menggunakan teknik apollo sahaja untuk mendapatkan ikan kembong, tamban dan selar hidup untuk dijadikan umpan. Berbekalkan udang hidup dan ikan hidup, kami meneruskan perjalanan ke lokasi unjam kedua. Kami diberitahu lokasi sebenar adalah kapal karam tetapi kami akan singgah memancing disetiap unjam yang terdapat dalam perjalanan ke sana. Kami mengambil masa memancing disetiap unjam kira kira 1 hingga 2 jam sahaja. Dilokasi unjam pertama dan kedua hasil kami sekadar ikan-ikan kecil sahaja.
"Time Rabut"
Sebelum bertolak ke unjam yang ketiga kami diberitahu oleh Pak Ali supaya menggunakan teknik menunda dengan gewang. Rakan saya bernama Roslin terus mengambil set pancingnya iaitu kekili menegak jenama Okuma Titus Gold 20s dengan gandingan joran Ugly Stick Tiger terus menghanyutkan gewang jenama Halco berwarna oren. Setelah 15 minit menunda kami berehat sambil minum kopi 'O' yang dibuat oleh tekong bot, tiba tiba bunyi drag dari kekili mengejutkan kami, Pak Ali menghentikan botnya. Pantas roslin menghenjut jorannya dan bermula aksi yang pertama, masing masing mengambil tempat untuk melihat apakah jenis ikan tersebut, lebih kurang 10 minit pemangsa yang menghentam umpan palsu itu dapat meloloskan diri setelah berhempas pulas roslin mengikut kudrat ikan tersebut. Fuhhh hampehhhh itu lah kata kata terakhir sebelum dia melelapkan mata kerana kemabukan laut.
Pada jam 6.00 petang hari pertama, kami tiba di lokasi sebenar iaitu kapal karam. Air laut terlalu jernih sehingga kami dapat melihat kelibat ikan yang mundar mandir dibawah bot seperti ikan jenis Telinga Gajah, Sotong dan sempat juga kami menaikkan spesis tersebut dengan menggunakan mata kail saiz kecil, seronok juga layan spesis tersebut. Apabila malam menjelma kami disajikan dengan makanan yang dimasak oleh tekong bot. Selepas menjamu selera kami mula memancing. Pak Ali menyarankan kami menggunakan perambut berkuatan 40lbs keatas kerana disitu terdapat ikan yang bersaiz besar. Setelah siap membuat perambut 60lbs sepanjang 2 depa dan mengikat mata kail saiz 4/0 dengan menggunakan umpan Udang hidup, saya telah menaikkan seekor ikan Kaci seberat 2 kilogram. Gandingan kekili spinning Daiwa Opus Bull 6000 dan joran Lemax Grand Tournament mengambil masa menaikan ikan tersebut tidak sampai 2 minit. Manakala rakan pakcik saya telah menaikan seekor ikan jenis Bayan seberat 3 kilo dan beberapa rakan saya juga masing masing menaikkan seekor ikan Jenahak dan Merah. Disitu rata rata ikan seberat 1 kilogram hingga 3 kilogram sahaja. Pak Ali memberitahu kami, dia ingin mengalihkan bot kesebelah kanan supaya apabila umpan dihulurkan akan jatuh ketempat yang disasarkan. Salah seorang rakan saya telah terkena dengan jenis ikan yang kami rasakan bersaiz besar, memang tak dapat dinafikan amat kuat kudrat ikan tersebut terus melarikan umpan kebawah kapal karam dan menyebabkan tali tersangkut. Suasana kembali senyap, ketika rakan saya bernama Din sedang mengelamun tiba-tiba joran nya menghenjut kuat. Dia menggunakan kekili menegak jenama Penn Gti dengan gandingan joran Ugly Stick dan menggunakan umpan seekor kembong hidup akhirnya rabut juga. Kami semua berasa hampa kecewa disebabkan banyak ikan yang bersaiz mega dapat meloloskan diri. Apa nak buat memang bukan rezeki kami pada malam itu. Lebih kurang jam 11.00 malam, keadaan sunyi kembali, tiada getuan ikan mahupun juga bunyian dari kekili masing masing dan ketika itu arus bermula agak kuat dan bot mula bergoyang kadangkala kuat membuatkan kami berasa tidak selesa jesturu itu kami mengambil keputusan untuk merehatkan badan dari 8 orang memancing hingga tinggal 2 orang sahaja yang masih memancing kerana yang lainnya telah mengambil tempat masing masing untuk buat taik mata.
"Pesta Kerisi"
Pada keesokan pagi kami bersarapan roti cecah kuah kari dan kopi 'O' yang dibuat oleh tekong bot, memang menyelerakan sampai licin periuk dikerjakan kami. Semasa menjamu selera tekong bot memulakan perjalanan pulang dan kembali ke lubuk unjam yang telah kami kunjungi seperti semalam. Sampai disana tidak banyak hasil yang diperolehi cuma beberapa ekor ikan kembong dan cermin. Kami meneruskan perjalanan ke satu unjam lagi tetapi hasil kami sungguh meriah memandangkan bot kami yang sampai dulu sebelum bot nelayan, jadi banyak lah ikan jenis kerisi, anak jemuduk, selar dan kembong yang kami perolehi dengan menggunakan teknik Apollo. Memang meriah, masing masing menunggu apabila semua mata sudah mengena barulah tali digulung naik. Ada diantara mereka menggunakan dua joran jadi terpaksa minta pertolongan orang lain supaya menggulung tali mereka.
Setelah berpuas hati dengan ikan kerisi yang penuh satu bakul kami memulakan perjalanan pulang ke Jeti. Sewaktu perjalanan kami memunggah hasil kami dari dalam tong oren besar milik tekong bot ke tong ikan kami. Kami memperolehi hasil tidak kurang hebat juga kerana pelbagai sepesis ada cuma nak dikatakan ikan besar tiada dan jika pada malam tersebut kami tidak mengalami masalah rabut mungkin trip kali ini dikatakan berjaya juga. Mungkin rezeki kami setakat itu sahaja tetapi penuh juga 3 tong Coleman yang kami bawa. Kami semua membuat kesimpulan setiap trip yang dijalankan kadangkala berjaya adakala nya kurang memberangsangkan oleh itu jangan lah ada perasaan ingin berhenti memancing jika tidak dapat hasil yang banyak insyaallah dilain trip mungkin mendapat hasil yang lebih sedikit. Saya pernah dengar orang tua-tua berpesan " Tidak semua yang diimpikan akan kita perolehi ". Terima kasih membaca cerita kami.
Untuk maklumat lanjut
Tekong Bot : Pak Ali
No. H/P : 0139117754
Kelab Mancing Gabungan
Oleh : Azizian'Nur Muhd
.
Kelab kami ditubuhkan pada tahun 2003 dan mempunyai ahli seramai 10 orang. Kesemuanya adalah rakan sekerja. Mereka semua memang telah mempunyai pengalaman memancing sebelum ini. Kami mewujudkan satu tabung untuk setiap ahli jika mereka hendak mengumpul wang disetiap trip yang kami jalankan supaya tidak memberi bebanan jika trip itu melibatkan kos yang tinggi. Setiap bulan kami adakan perjumpaan di kolam pancing yang berdekatan untuk membincangkan setiap trip tahunan yang kami cadangkan dan juga berbincang tentang lubuk-lubuk serta teknik memancing disesuatu destinasi dan sambil melayan ikan atau udang dikolam tersebut. Kebanyakannya lokasi lubuk pancing kami diperolehi dari membaca majalah berkenaan sukan memancing dan rakan rakan dari kelab yang berlainan. Setiap trip yang kami jalankan akan diteliti dulu tentang kos perjalanan, pengangkutan, bot, penginapan, makan serta minum dan tidak lupa juga tentang spesis ikan dan juga waktu air pasang surut serta bulan. Kos setiap trip akan dibahagikan sama rata diantara ahli. Kami juga membuat pertandingan memancing diantara ahli kelab di kolam-kolam ikan berbayar dan juga di kelong. Pada mulanya kami memulakan aktiviti memancing di kolam , sungai, lombong, kelong dan pantai. Dikatakan dimana saja kami dengar ada lubuk ikan yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor, kami akan redah. Pada waktu sekarang sungai dan lombong di Lembah Klang telah terjejas oleh kepesatan pembangunan, kami cuba beralih untuk memancing laut dengan menaiki bot. Jika ingin memancing dilaut dalam pada masa sekarang ni akan melibatkan kos yang tinggi disebabkan banyak permintaan dan saingan dari kaki-kaki pancing. Bukan senang untuk memancing bersama dengan tekong bot yang sudah terkenal. Jika ingin menempah terpaksa menunggu beberapa bulan baru kita dapat menempanhya jika tidak terpaksa menunggu pada tahun yang akan datang. Banyak juga trip yang kami buat ada yang berjaya dan ada jugak yang kurang berjaya. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadikan sesuatu kelab yang berjaya dan juga bertahan lama kerana ia memerlukan jalinan persahabatan yang tinggi dan ketepikan soal pertikaian dan permasalahan jika ada sesuatu perkara yang tidak dipersetujui oleh ahli lain. Didalam kelab kami tidak ada ketua cuma kami ada seorang bendahari sahaja dan segala wang simpanan ahli setiap bulan akan disimpan olehnya didalam tabung kelab. Tugas bendahari hanya mengemaskinikan akaun dan kemukakan laporan kewangan tabung kelab.
Pengalaman semasa memancing di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu
Baru baru ini kami telah membuat satu trip ke Pulau Tenggol di Dungun, Terengganu iaitu pada 24/3/2007. Kami menempah bot untuk 12 jam sahaja yang dikendalikan oleh Tekong yang berpengalaman bernama Pak Din. Pemancing boleh menghubungi Tekong Bot Pak Din ditalian 012 9646846. Hanya 8 orang sahaja yang boleh menaiki bot ini. Pada pagi hari Sabtu seperti yang dijanjikan oleh tekong bot kami dibawa ke kawasan lubuk yang dinamakan “Lubuk Rahsia Tekong”.Permukaan laut yg membiru agak tenang. Umpan seekor sotong segar dihulur mengunakan perambut 60lbs sepanjang 3 depa utk menduga penghuni didasar. Arus agak laju didasar dan kami menggunakan batu ladung bersaiz 16 – 24 .Tekong membuka tirai dgn Ebek 6kg. 10minit kemudian, ,gandingan Joran Ofmer dan Kelili Okuma TG 20 II direntap ganas. Bermulalah pertarungan sulung tarik tali antara pemancing dan sang ikan. 20minit berlalu,akhirnya muncul ikan jenis Ebek 7kg menyerah diri. Giliran umpan pemancing lain pula dijamah penghuni dasar, gandingan joran Lemax Grand Tournament dan Kekili Tica Team mengambil masa 5 minit sahaja bertarung dan menghasilkan Ebek hampir 4kg. Ketika kami sedang riuh menaikkan ikan, joran pemancing lain pula direntap. Gandingan kekili menegak Shimano TLD 30II dan joran Ugly Stick , dia terpaksa memerah keringat bertarung dgn ikan. Hampir 15 minit berlalu, barulah wajah Ebek menjelma lagi. Kali ini adalah Ebek yg terberat bagi trip ini dengan 7.5kg. Awak2 tekong bot juga memperolehi ikan jenis Yu Kemejan hampir 20kg. Beralih kelubuk lain, sekali lagi pemancing menaikkan ikan jenis Pisang2 hampir 3.5kg. Ada pemancing yang menaikkan ikan jenis Tambak, Kerapu, Kaci & Cermin bersaiz sederhana. Sebelum senja menjelma, kami makan nasi berlaukkan Kari kepala Ebek dan Ebek goreng kunyit yang dimasak oleh tekong bot. Hujan turun mencurah-curah pada malam itu. Arus semakin kuat dan batu ladung saiz 24 hanyut tidak mencecah dasar. Pertarungan malam itu ditutup dgn kemeriahan ikan2 kecil shj. Kami pulang pada jam 11.00 malam. Kami akan datang lagi pada masa akan datang.
Akhir kata, Setiap bulan kami adakan trip memancing laut dan banyak destinasi memancing yang kami telah pergi cuma hanya beberapa lokasi yang jauh yang belum pernah kami terokai lagi disebabkan masa perjalanan terlalu jauh dan mengambil masa berhari - hari untuk berada dilaut. Kami semua tidak mempunyai masa yang lama, selalunya kami menempah bot untuk 2 hari 1 malam sahaja. Kelab kami baru beberapa tahun diwujudkan tetapi telah banyak menimba ilmu dan pengalaman dari setiap trip yang kami anjurkan. Terima kasih kami ucapkan pada Tekong tekong bot yang kami jumpa kerana banyak memberi kami ilmu dan panduan dalam sukan memancing ini.
Kami banyak mempelajari teknik, lubuk dan mengetengahkan tekong bot yang bagus. Ahli kami sekarang ini telah meningkat seramai 16 orang. Kami juga sedang mempelajari teknik jigging dan popping. Sekian terima kasih.
Geng MAA (satu opis) ke Pulau Tenggol
Oleh : Azizian'Nur
Semasa berada di kampung, saya telah dijemput sekali lagi oleh Tekong Bot Pulau Tenggol iaitu Abg Din untuk menduga lubuk di sekitar Perairan Kuala Dungun. Tarikh dan masa telah ditetapkan oleh beliau sendiri iaitu pada 2 dan 3 bulan Mei. Pada mulanya ada diantara kami berat untuk pergi disebabkan tarikh tersebut adalah hari cuti awam iaitu hari Perayaan Wesak dan Hari Pekerja jatuh pada hari yang sama, memang ramai dari ahli kelab kami telah mengambil cuti panjang untuk pulang kekampung masing masing. Oleh kerana kekurangan kaki pancing dari kelab kami, saya terpaksa mencari orang luar untuk menyertainya, syukur ada juga yang ingin turut serta.
Kami dijangka menaiki bot pada 2 haribulan Mei , jam 4 petang. Setelah persiapan dan kelengkapan telah mencukupi, pada sebelah malam Isnin 1hb Mei mereka dalam 8 orang dari Kuala Lumpur telah bergerak ke Dungun, Terengganu dengan menaiki 3 buah kenderaan. Saya hanya menunggu mereka dirumah di Dungun, Terengganu.
Tepat Jam 4 petang, kami turun ke Jeti dan bot telah sedia menunggu kami. Cuaca pada masa itu agak panas kadangkala hujan turun sekejap sekejap. Ombak ketika itu agak kuat juga. Abg Din tidak menunggu lama setelah enjin bot dihidupkan, kami dibawa menuju ke Unjam berdekatan Pulau Tenggol. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Disitu kami dinasihati oleh Abg Din supaya menggunakan perambut yang agak kuat iaitu berkuatan 60lbs - 90lbs kerana ikan disitu agak kasar juga. Memang benar kata Abg Din, rata-rata disitu kami memperolehi seekor ikan Jenahak berskala 5 - 6 kilogram dan beberapa ekor Merah Tanda berskala 1 - 3 kilogram. Ada diantara kami berputih mata setelah perambut berkuatan 80lbs masih boleh diputuskan oleh ikan, ada yang memandang diantara kami, masing masing memikirkan " Ikan apa yang menjamah umpan" Persoalan masih belum terjawab tetapi ada yang diantara kami mengatakan mungkin ikan yang menjamah umpan telah masuk ke dalam karang dan tali perambut bergesel dengan karang.
Angin pada malam itu agak kencang dan laut pula bergelora, mungkin sekejap lagi ribut akan sampai, justeru itu kami dibawa berlindung di belakang Pulau Tenggol. Disitu kami hanya tidur sahaja sehingga jam 8.00 pagi. Kami dibawa menuju ke Kapal Karam. Sebelum sauh dilepaskan Abg Din mencari struktur dasar yang dipenuhi ikan, apabila sonar telah berbunyi maka sekumpulan ikan telah dikesan, kami diberitahu oleh Abg Din supaya segera memancing, mungkin ikan jenis Ebek berkeliaran dibawah bot, apabila perkataan "EBEK" kedengaran apa lagi melompatlah saya dari dalam kabin keluar dan terus mencapai joran Lemax Grand Tournament 30 - 120 lbs / kekili spinning Opus Bull 6000 keluaran Daiwa dengan berumpankan kepala sotong tidak sampai 5 minit getuan pertama telah saya rasai. Memang ikan jenis ebek makan macam ikan kecil. Selepas ikan Ebek pertama seberat 5 kilo dinaikkan, kawan saya yang menggunakan joran Ugly Stick 20 - 50lbs / kekili multiplier Tica Team pula mengena sang Ebek. Memang kecoh dibuatnya riuh rendah para pemancing yang berada didalam bot, tidak sampai 30 minit 4 ekor ebek telah dinaikkan. Tekong Bot melihat hasil didalam Tong Ikan dan berkata "Moh kita cari sekor lagi Ebek cukupkan 5 ekor". Enjin bot dihidupkan dan sonar diaktifkan untuk mencari kumpulan ebek yang berkeliaran disekitar kapal karam. Setelah Ebek dikesan oleh sonar maka umpan pun diturun kan, memang ternyata Abg Din pakar dalam mencari ikan Ebek. Tidak sampai 2 minit salah seorang dari kami menaikkan seekor ikan Ebek. Rata rata disitu Ebek berukuran 5 - 6 kilo sahaja. Apabila tepat jam 10 pagi, kami terus pulang ke Jeti.