Diamond Trevally

The Indian threadfish, Alectis indicus, (also known as the Indian threadfin, diamond trevally, mirror fish and plumed trevally) is a large species of coastal marine fish of the jack family, Carangidae. The species is widespread in the waters of the tropical Indo-West Pacific Ocean, ranging from east Africa to India, Asia, Indonesia and Australia Adult fish tend to inhabit coastal waters over reefs down to 100 m in depth, while juveniles inhabit a variety of environments including estuaries and seagrass beds. The Indian threadfish is similar to the other two species in the genus Alectis, with a slight concavity in the profile of the head the most obvious distinguishing feature. It is a large species, growing to 165 cm and 25 kg in weight. The species is carnivorous, consuming fishes, cephalopods and crustaceans.

Tuesday, October 13, 2009

Kelab Mancing Gabungan





Oleh : Azizian'Nur Muhd

.

Kelab kami ditubuhkan pada tahun 2003 dan mempunyai ahli seramai 10 orang. Kesemuanya adalah rakan sekerja. Mereka semua memang telah mempunyai pengalaman memancing sebelum ini. Kami mewujudkan satu tabung untuk setiap ahli jika mereka hendak mengumpul wang disetiap trip yang kami jalankan supaya tidak memberi bebanan jika trip itu melibatkan kos yang tinggi. Setiap bulan kami adakan perjumpaan di kolam pancing yang berdekatan untuk membincangkan setiap trip tahunan yang kami cadangkan dan juga berbincang tentang lubuk-lubuk serta teknik memancing disesuatu destinasi dan sambil melayan ikan atau udang dikolam tersebut. Kebanyakannya lokasi lubuk pancing kami diperolehi dari membaca majalah berkenaan sukan memancing dan rakan rakan dari kelab yang berlainan. Setiap trip yang kami jalankan akan diteliti dulu tentang kos perjalanan, pengangkutan, bot, penginapan, makan serta minum dan tidak lupa juga tentang spesis ikan dan juga waktu air pasang surut serta bulan. Kos setiap trip akan dibahagikan sama rata diantara ahli. Kami juga membuat pertandingan memancing diantara ahli kelab di kolam-kolam ikan berbayar dan juga di kelong. Pada mulanya kami memulakan aktiviti memancing di kolam , sungai, lombong, kelong dan pantai. Dikatakan dimana saja kami dengar ada lubuk ikan yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor, kami akan redah. Pada waktu sekarang sungai dan lombong di Lembah Klang telah terjejas oleh kepesatan pembangunan, kami cuba beralih untuk memancing laut dengan menaiki bot. Jika ingin memancing dilaut dalam pada masa sekarang ni akan melibatkan kos yang tinggi disebabkan banyak permintaan dan saingan dari kaki-kaki pancing. Bukan senang untuk memancing bersama dengan tekong bot yang sudah terkenal. Jika ingin menempah terpaksa menunggu beberapa bulan baru kita dapat menempanhya jika tidak terpaksa menunggu pada tahun yang akan datang. Banyak juga trip yang kami buat ada yang berjaya dan ada jugak yang kurang berjaya. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadikan sesuatu kelab yang berjaya dan juga bertahan lama kerana ia memerlukan jalinan persahabatan yang tinggi dan ketepikan soal pertikaian dan permasalahan jika ada sesuatu perkara yang tidak dipersetujui oleh ahli lain. Didalam kelab kami tidak ada ketua cuma kami ada seorang bendahari sahaja dan segala wang simpanan ahli setiap bulan akan disimpan olehnya didalam tabung kelab. Tugas bendahari hanya mengemaskinikan akaun dan kemukakan laporan kewangan tabung kelab.

Pengalaman semasa memancing di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu

Baru baru ini kami telah membuat satu trip ke Pulau Tenggol di Dungun, Terengganu iaitu pada 24/3/2007. Kami menempah bot untuk 12 jam sahaja yang dikendalikan oleh Tekong yang berpengalaman bernama Pak Din. Pemancing boleh menghubungi Tekong Bot Pak Din ditalian 012 9646846. Hanya 8 orang sahaja yang boleh menaiki bot ini. Pada pagi hari Sabtu seperti yang dijanjikan oleh tekong bot kami dibawa ke kawasan lubuk yang dinamakan “Lubuk Rahsia Tekong”.Permukaan laut yg membiru agak tenang. Umpan seekor sotong segar dihulur mengunakan perambut 60lbs sepanjang 3 depa utk menduga penghuni didasar. Arus agak laju didasar dan kami menggunakan batu ladung bersaiz 16 – 24 .Tekong membuka tirai dgn Ebek 6kg. 10minit kemudian, ,gandingan Joran Ofmer dan Kelili Okuma TG 20 II direntap ganas. Bermulalah pertarungan sulung tarik tali antara pemancing dan sang ikan. 20minit berlalu,akhirnya muncul ikan jenis Ebek 7kg menyerah diri. Giliran umpan pemancing lain pula dijamah penghuni dasar, gandingan joran Lemax Grand Tournament dan Kekili Tica Team mengambil masa 5 minit sahaja bertarung dan menghasilkan Ebek hampir 4kg. Ketika kami sedang riuh menaikkan ikan, joran pemancing lain pula direntap. Gandingan kekili menegak Shimano TLD 30II dan joran Ugly Stick , dia terpaksa memerah keringat bertarung dgn ikan. Hampir 15 minit berlalu, barulah wajah Ebek menjelma lagi. Kali ini adalah Ebek yg terberat bagi trip ini dengan 7.5kg. Awak2 tekong bot juga memperolehi ikan jenis Yu Kemejan hampir 20kg. Beralih kelubuk lain, sekali lagi pemancing menaikkan ikan jenis Pisang2 hampir 3.5kg. Ada pemancing yang menaikkan ikan jenis Tambak, Kerapu, Kaci & Cermin bersaiz sederhana. Sebelum senja menjelma, kami makan nasi berlaukkan Kari kepala Ebek dan Ebek goreng kunyit yang dimasak oleh tekong bot. Hujan turun mencurah-curah pada malam itu. Arus semakin kuat dan batu ladung saiz 24 hanyut tidak mencecah dasar. Pertarungan malam itu ditutup dgn kemeriahan ikan2 kecil shj. Kami pulang pada jam 11.00 malam. Kami akan datang lagi pada masa akan datang.

Akhir kata, Setiap bulan kami adakan trip memancing laut dan banyak destinasi memancing yang kami telah pergi cuma hanya beberapa lokasi yang jauh yang belum pernah kami terokai lagi disebabkan masa perjalanan terlalu jauh dan mengambil masa berhari - hari untuk berada dilaut. Kami semua tidak mempunyai masa yang lama, selalunya kami menempah bot untuk 2 hari 1 malam sahaja. Kelab kami baru beberapa tahun diwujudkan tetapi telah banyak menimba ilmu dan pengalaman dari setiap trip yang kami anjurkan. Terima kasih kami ucapkan pada Tekong tekong bot yang kami jumpa kerana banyak memberi kami ilmu dan panduan dalam sukan memancing ini.

Kami banyak mempelajari teknik, lubuk dan mengetengahkan tekong bot yang bagus. Ahli kami sekarang ini telah meningkat seramai 16 orang. Kami juga sedang mempelajari teknik jigging dan popping. Sekian terima kasih.

No comments: