Diamond Trevally

The Indian threadfish, Alectis indicus, (also known as the Indian threadfin, diamond trevally, mirror fish and plumed trevally) is a large species of coastal marine fish of the jack family, Carangidae. The species is widespread in the waters of the tropical Indo-West Pacific Ocean, ranging from east Africa to India, Asia, Indonesia and Australia Adult fish tend to inhabit coastal waters over reefs down to 100 m in depth, while juveniles inhabit a variety of environments including estuaries and seagrass beds. The Indian threadfish is similar to the other two species in the genus Alectis, with a slight concavity in the profile of the head the most obvious distinguishing feature. It is a large species, growing to 165 cm and 25 kg in weight. The species is carnivorous, consuming fishes, cephalopods and crustaceans.

Sunday, March 14, 2010

Trip sotong dalam ribut dan Jalan2 cari Eye Mo


Bot telah ditempah pada 24/4/2010, lokasi berdekatan di Pulau Yu diantara Pulau Redang dan Pulau Kapas. Seramai 10 orang pemancing telah diracun mindanya.

Macam biasa ler sebelum pergi berperang senjata kena lengkap dulu, dibawah ini ada beberapa artificial lure (godaan tiruan) perlu dipersiapkan..heheheheee





Yamashita adalah gewang candat yang paling berkesan, bak pemancing kata mencakop untuk sotong. Harga seketul iaitu RM42.00. Gewang ini dimainkan dengan menggunakan teknik casting dan membuat karauan agak perlahan sedikit. Ia dibaling kearah kawanan sotong yang timbul dipermukaan. Gewang ini juga boleh digunakan dengan teknik bottom. Cara membuat perambut untuk teknik bottom seperti perambut memancing ikan dengan menggunakan tanduk dan perambut sepanjang sedepa dan gewang diikat dihujung tali perambut. Teknik ini selalu diperaktik kan diperairan kuala rompin.



Gambar diatas adalah gewang jenis bottom, Ia diikat dengan menggunakan perambut yang telah disulam dengan beberapa cawangan (sepeti perambut apollo) dan dibawah perambut adalah untuk pemberat yang diletakan batu ladung tetapi lebih elok batu ladung digantikan dengan gewang candat yang berat seperti gewang yang didalam kotak gambar diatas. Teknik bottom lebih sesuai jika menggunakan gegelung koyan. Cara memainkan gewang ini adalah dengan melepaskan tali sampai kedasar dan menarik menggunakan tangan dari bawah keatas dan ulang sehingga terasa sotong telah mengena.

(maaf gambar kabur disebabkan guna camera H/P cap ayam lagi pun gambar kurang disebabkan pada hari tersebut kami dilanda ribut yang amat dasyat dan ngeri, ermmm memacam berlaku. so layan jeler cerita dan gambar yang kurang memuaskan dari aku ni)

Tarikh 24/4/2010 jam 4 pagi, kami berkumpul di restoran Azmeer Batu Caves, sambil menunggu ketibaan ahlul trip bleh ler pekena teh tarik. Jam 5.00 pagi, apabila ahlul trip dah sampai kami pon bersiap-siap loading barang dalam kenderaan dan terus bergerak. Kami dari K.L seramai 8 orang bergerak dengan menaiki dua kenderaan. Ahlul kali ini ialah Roslin, Kudin, Aran, Yan, Kimi, Mamat, Amie dan Man. perghh mereka semua ni bukan calang calang lagi dalam arena memancing, diantaranya pernah sampai dilautan obersea...hehehehee...aku jugak yang dok mancing kat parit ajer...hehehehee....

Kami berhenti berehat dan sarapan di RnR Temerloh. Selepas makan2, lepak2 dan gebang2 kami memecut semula di lebuh raya Pantai Timur, dimana ada kemahuan disitu ada highway. Jam 10.00 pagi kami sampai di Kuala Terengganu. Kami berhenti dan sambil mencuci mata, fuyoooo,,fewitttt, aaaaa tu diaaa, perghhhhh, memacam perkataan keluar dari mulut kita orang, hehehehehehee macam jakun, padahal dah biasa kat area situ.


Kimi dan Man berehat sebelum operasi mencandat.

Mamat dan Amie tengok bola.


Setelah pusing2 dia bandaraya Kuala Terengganu kami pun singgah ker rumah mertua Roslin. Terima kasih ku ucapkan pada keluarga mertuanya, peramah sungguh dan menyediakan kudap-kudapan dan tempat berehat untuk kami semua. Jam 3.00 petang selepas mandi kami bergerak keluar semula untuk jalan jalan cari eye mo, eh eh eh silap jalan jalan cari bahan makanan. kami singgah di kedai pancing untuk penambahan peralatan mencandat, lepas kesatu kedai kesatu kedai kami lawati. salah seorang dari kami bernama Kimi ajak pergi melihat Masjid Kristal, perghhh lawa nya masjid ni, dalam tibi nampak besar rupanya kecik jer masjid ini. sempat ler aku snap beberapa gambar.


Aku inter frame dengan Masjid Kristal.

Masjid Kristal tersegam indah.


Selepas Masjid Kristal kami lawati, perut pun dah lapar, apa lagi cari tempat untuk memenuhkan perut ler. Kami singgah di satu kedai makan, ramai nya orang kat situ, macam macam menu disediakan dari nasi berlauk, gulai kawah, bermacam2 sup dan banyak lagi...er er er er jangan order mee bandung udah, memang agak kureng sikit (masin wooo) biasaler masa order pun orang tu dok pikir dua tiga kali...hehehehehee, Tapi makanan lain tip top semua sedap, aku belasah sup perut perghhhh pedas giler...best best best. Aku order nasi goreng telur dadar bungkus untuk makan diatas bot.



Mamat, roslin, dan juragan muda (adik ipar roslin) selepas selesai sesi membedal. Amie dan aran baru sampai, ermmm mana ntah diorang pegi..agak2nya, dok ushar jeng jeng jeng kot...keh keh keh.





Amie, Kimi dan tangan kudin. ermmmm aku nak snap tetiba tangan udoh menjulorrr, heheheheeee.

Selepas selesai acara makan sampai kenyang kami pon beredar ke Jeti. aku pon dah lupa nama jeti tu sebabnya berpusing juga nak sampai kat tempat tu.



Taufik aka Juragan muda katanya...hehehehehe. Nak jadi polis ker atau nak jadi nakhoda kapal ni, hehehee..



Juragan muda memecut bot (er er er sebenarnya bot ni bukannya laju pon, macam kura kura adaler), sekejap kanan sekejap kiri. ish ish ish tak lulus lesen budak ni, hehehehee, lantok ler deme asal kan sampai udoh. Sampai dah tempat candat, laut sungguh tenang, cuaca pada waktu itu sungguh panas sekali dan bulan terang benderang menerangi lautan disitu. Apa lagi sesi tuai hasil laut pun bermula, enjut enjut .. gulung gulung.



Ami dengan seekor sotong, ermmm sorry ler gambar kureng jelas, sebab bot goyang terlalu kuat.


Gambar sotong dah kabur...heheheheheheee




Layan ler video ni, time ribut waktu ni, agak gelap juga, tapi nak buat macam mana. layan jeler, hehehee. Jam 10.00 malam, dengan tiba-tiba langit berubah gelap dan awan tebal menyeliputi kawasan perairan disitu, nampak jelas kilat sabung menyabung. Angin sejuk berderu dengan laju, Kebiasaan dilaut kami dah menjangkakan selalunya keadaan macam ni memang ribut nak datang, huhuhuhuuu sabar jeler, tidak sampai 5 minit tiba-tiba arus laut berubah menjadi deras, alamak betulah sudah dekat ni. waktu itu juga hujan datang mencurah dengan angin yang begitu kuat dan ombak agak besar juga menghempas bot yang kami naiki. Apalagi bot bergoyang dah macam roller coaster...cabutttttt ada yang lari masuk kabin dan tempat driver. Sejam kemudian hujan berhenti tapi laut tak berhenti lagi bergelora, kami memulakan kembali sesi mencandat, agak kurang hasil pada waktu ini dengan keadaan laut masih bergelora, ada yang mabuk teruk masa tu, hehehehee sapa ler tu...kah kah kah kah kah. er er er aku pun hampir jugalah nak dapat mabuk free.




Aksi gua dengan sotong, rata-rata saiz begini kebanyakan yang naik, kemungkinan kami datang tidak tepat pada time menuai nya. Rasanya bulan 5 dan 6 saiznya akan bertambah panjang, ntahlerrr.

Pada keesokan harinya jam 8.00 pagi, dengan keadaan laut masih bergelora, ermmm apa lah nasib kami memancing pada waktu begini. Sepatutnya operasi ni akan ditamatkan pada waktu pagi dan itu memang kami tunggu-tunggu sebab dah tak tahan ombak nya besar besar, huhuhuhuu. Tekong check tong hasil, agak kurang katanya lalu dia melepaskan 3 pukat ikan, agar kami pulang dengan hasil juga..huhuhuhuuu dalam hati kami berkata "apa ler tekong ni, sapa soh lepas jaring,,kita orang ni nak balik lah...kita orang mau mancing sotong bukan jadi nelayan..huhuhu". Pukat pertama ditarik tiada hasil. Pukat kedua ditarik ada ler beberapa ekor ikan parang, kembong dan kerisi. Pukat ketiga mana pegi nya...memang susah nak cari dengan keadaan ombak setinggi beberapa meter susah hendak menjejaki pelampung bendera yang dipacak agak panjang juga, sayup-sayup kelibat hujung bendera berpelampung dibalik ombak-ombak ganas. Aku masih berada diatas tong ikan, memang tempat paling bagus untuk buat taik mata, nasib tak menyebelahi aku, sewaktu pencarian pelampung tersebut ketika waktu itu ombak menghempas bot dengan kuat dan kayu penahan tong telah patah dan aku tercampak ke birai bot hampir terlepas dari bot..huhuhuuu ngerinya, lantas aku mengapai tangan Kudin, nasib baik dia sempat menarik aku kalu tak mungkin terlepas dari bot. jika tidak hahahahaaa sendiri mau ingat ler, confirm aku balik jeti dengan berenang. Selepas keadaan reda, aku terus duduk macam batu disudut bot, tengah memikirkan kejadian tadi. Pukat ketiga sudah dijumpai, ada ler beberapa ekor ikan yang sangkut dijaring dan selepas itu bot terus membawa kami pulang ke jeti.



Aran kepenatan. Apahal brader ni..kah kah kah kah, jangan mare aaaaaaaaa



Hasil tak seberapa jika dibahagi kan pada 10 orang boleh ler bawa balik 3 kilo sorang termasuk ikan. Selepas sesi pembahagian harta, kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Post mortem trip ni :-

1) Bot, lubuk dan servis tidak bagus walaupun mempunyai sonar dan GPS.
2) Masa dan waktu candat tidak tepat pada masanya kerana musim sotong masih terlalu awal sewaktu trip ini dijalankan, sepatutnya dianjakan masa seminggu lagi.



Saturday, February 20, 2010

Operasi banteras jenggo

Operasi ini dijalankan atas nasihat ahlul pengarah kerana terdapat jenggo jenggo yang berleluasa kegarangannya, setelah ditangkap tetapi masih banyak lagi yang berani menunjukkan diri dari tempat persembunyian di Sungai Perak. Operasi ini akan dijalankan pada 7/3/10 ...tungguuuuuuuuu apa kesudahan cerita ini...


Ahlul Trip :-

dari kiri

1) Amie The MU Fans
2) Prof Kudin
3) Tetuan Roslin
4) Master Aran
5) Bardan The Black Maria
6) Yan The Reporter (takyah cari tengah shoot gambor mana nampak)






"Hai nama saya JENGGO"



Sebelum kita memburu Jenggo kenalah menyiapkan senjata untuk bertempur. Untuk memancing udang ni, kita tak perlu menggunakan senjata tahap dewa untuk memburunya cukup sekadar brand "cap ayam" sahaja...seperti didalam gambar diatas, Reel berharga RM23.00. Rod berharga RM 10.00.



Main line cukup sekadar 10 lb sahaja...pilih yang murah seperti braided Tomman 100meter berharga rm 15.00. Mata kail saya memilih prawn hook saiz 3. Batu ladung saiz 4/5 ketul berharga RM 1.80. Semua barang diatas cukup untuk mengekang larian undur oleh si Jenggo yang seberat 500 gram...hehehehee termasuk lah reba....



Cara perambut dibuat seperti gambar diatas agak rupanya seperti perambut tenggiri...Saya menggunakan perambut (shock leader) jenis Dupont sebab ia tidak mudah kusut atau terbelit dan dapat mengekalkan kelurusan line tersebut selepas beberapa kali digunakan atau setelah dapat menarik reba...hehehehehee.


Sambung citer balik, hehehehehee...huhuhuuu letih belum hilang lagi ni. Buah pinggang macam nak terkeluar dari tempatnya akibat terhentak dan bertapa lama didalam bot fiber, layan sambungan dibawah....

Hari jumaat 6/3/10 jam 10.00 pagi terima sms dari Tetuan Roslin, "halo kawan semua, tekong soh tunda, air manyak busat, arus masih laju, lagi dua hari kompom ok, apa macam lu orang? tapi minggu depan wa tara lapat pigi pasai ada hatttt" aku balas sms "kasi teruskan lah wa pon ada hat ooo minggu depan" memang degil dan gila budak ni...hehehehee..aku ingat aku sorang jer gila rupanya 4 ahlul yang lain pon sama degil...hehehehehehee, so dipendekan citer pasai semua tangan ahlul sudah gigil mau cari lesen jenggo apa lagi teruskan juga trip ni. Sms Tetuan Roslin "woii aku dah bagi tau tekong kasi jadikan juga, tekong kata lu orang aaaaa mau turun juga tapi aku tak tahu hasil leh dapat banyak ke sikit sebab semalam turun sorang bawak balik 8 ekor jer" aku balas sms " pegi jer itu udang dalam air kalau dia mau makan ka apa ka dia punya pasal janji aku dapat mancing"



Tarikh kejadian 7/3/10. Tepat jam 6.00 pagi dengan menaiki 2 buah kenderaan kami berenam bertolak dari K.L menuju lokasi jenggo. Semasa dalam perjalanan kami singgah di Bidor belasah nasi lemak dan teh tarik, sedapppp tu, dah lapor batu dengan kayu pon agaknya rasa sedappp dan kami teruskan perjalanan selepas bersarapan.

Sg Perak besarnya, mesti banyak mahluk ciptaan tuhan didalamnya, kalau ada udang mesti ada sahabat baiknya. Kami tiba dijeti tepat jam 9.00 pagi. Permandangan dijeti disebelah kanan terdapat deretan bot fiber yang sedia untuk pergi memburu jenggo, pilih pilih mana lu orang sukaaaaa...




Sama juga permadangan sebelah kiri, terdapat juga deretan bot fiber. Jeti dan bot fiber ni ada lah kepunyaan Persatuan Nelayan disitu. Kami menempah 3 buah bot fiber dari salah seorang AJK persatuan tersebut. Kami pun tunggu tekong yang akan membawa kami dari jam 9.00 pagi sampai ler jam 11.00 pagi...ermmmm nak kena report ni...rupanya AJK lak kelam kabut dok call aturkan orang. Dalam hati kita orang adohaiiiii kenapa lah diorang ni tak plan awal awal tempahan ni....ermmmmm panassssssssssssssssss, nasib baik tekong best aku dapat...hehehehheeee rajin sungguh orangnyaaa...setuju sangatttttttttttt...




Bot fiber disitu hanya boleh dimuatkan 2 orang pemancing dan seorang boatman. ok naik-naik cepat cepat dah lewat sangat dah ni, kata boatman aku...ermmmm panasssssss....3 buah bot yang kami naiki berpecah ada di atas, bawah, kanan, ermmmmm batu lima (nama lubuk) batu lobang, hehehe memacam ler nama lubuk kat situ macam kat laut lak...

Memancing udang di Sg Perak ni amat mencabar sikit kerana terdapat pengacau yang amat kritikal sekali, seperti ikan lampam, duri, gelama, belukor pasir kekadang tu baung. Semua ikan tersebut bersaiz kecil, kalau besar dah lama CnR dalam jut (jaring udang) heheheeee..tetapi paling digeruni ialah ikan buntal memang banyak sangat, ermmmm geram sangat kat ikan ni, patut ler boatman syorkan guna tali utama braided kalau guna mono confirm putus. aku dah try, tak sampai 5 second tussssssssss...Aku pon tak tahu ler apa sebab dia suka sangat gigit tali mono agaknya nak test giginya yang encem tu kot...hehehehee

Kami menggunakan umpan yang disediakan oleh boatman iaitu cacing dan anak udang yang ditangguk ditepi sungai. kena bayar umpan ni bukan free ooooo, agak mahal gak RM 20 setiap bot. Kami juga ada membawa umpan pumpun, agak berhasil juga menggunakan pumpun, cepat jer dapat...ermmmmmm dapat apa dapat belukanggggggg...cesssssss...oleh itu jangan guna umpan ni untuk mancing udang kat situ...hahahahahahaaaa...

Suasana padang pancing agak tenang dan arus mula perlahan pada waktu petang tidak seperti waktu tengahari, mak oiii laju nya arus, guna batu ladung 82kosong kompom hanyut..wakakakaakaaaa

Setelah sauh dilepaskan (ini yang teman tak gemor ni pasai teman yang kena lepas dan tarik sauh, ermmm kalau doploh kali tukar lubuk amacam brader lu punya lengan ada serupa popai) kami pun memulakan aktiviti memancing...wahhh manyak syokkk wooooo tarik udang. tekong kata lepas drag sikit bagi bunyi srettttttt baru jenggo...heheheheee..



Ini hasil teman udang berskala 100 gram..agak banyak juga dinaikan saiz begini...best best




Semasa teman nak tarik sauh untuk beralih tempat...joran brader ni pulak telah terkena pagutan mauttt...Tetuan Roslin tengah melayan jenggo, "slow slow tarik" kata boatman...dan hasil nyaa...



Dengan muka boatman yang tersengeh nampak gigi bagaimana pula tangan tetuan roslin masa tengah menarik...ada karan woooo masa ambil gambar pon ada goyang...ehhhh brader ni tarik boron 12kg pon selamba jer apa barang 200gram punya berat...wakakakakakaaaa



Aku posing bersama jenggo, ermmmm geram aku, macam tak puas jer stimmmnyaaaa...

Tepat jam 7.00 petang kami dibawa pulang ke Jeti, Jam 8.00 malam, setelah selesai mengopi dan beramas mesra dengan ahlul persatuan disitu, kami meminta izin untuk berambus dari tempat kejadian. Kami pulang dengan puas hati kerana layanan boatman memang best tak lupa juga penduduk disitu memang ramah, terutama owner kedai kopi kat situ...orang peraklah katakan tak lekang dengan lawak dan gurauan.



Kami sampai K.L tepat jam 12 malam dan singgah di rumah Bardan untuk sesi pembahagian harta harta. Gambar diatas, sebahagian hasil yang sedang dikumpul...ermmmm banyak jugak..boleh ler sorang bawa pulang satu beg plastic untuk keluarga tersayang...sori aaaa ahlul bot lain...pasai lu orang nya gambar beraksi tara, pasai lu orang manyak jauh wooo..wa punya camera tara zoom punya...nanti lah wa pi bili baru...Sekian cerita kami dari trip jenggo kali ini.

Saturday, January 23, 2010

Trip balik kepangkal jalan


Tarikh kejadian pada 23hb January 2010. Oleh kerana aku dah bertahun tak menjengok Pulau Angsa, tu pasal ler aku letak tajuk macam tu...hehehehee...layan ler citer luahan perasan di tahap optimus prime...2 - 3 minggu ni aku jadi biul disebabkan kerja belambak kat opis yang ntah bila bleh siap, tengah dok borak2 kat food court ada member ajak pi Pulau Angsa,,hehehehe, aku cakap apa barang gi sana ikan manyak kicik laaaa...so diorang kata kicik pon kicik lah...janji ikan..nak gi tempat lain tak berpeluang....aku pon mengiyakan jeler...janji dapat layan memancing dengan member opis...aku soh mamat kat bawah ni call tekong...ok udah set..ada 6 orang pemancing yang nak menyertai dengan nada berkobar kobar dari mereka,,,hampes disaat akhir, keremcempet tul...last last 3 orang jeler yang pegi, nasib baik ada sahabat yang sudi topup sikit...hehehehee...


Pulau Angsa, tak sempat nak ambil gambar dari dekat disebabkan tekong kata "situ tarak ikan loooo...lagi pun tiga gigi talak manyak, kalu lu mau busat busat punnya kena mancing sini" ...hehehehe, cess hampesss nya tekong...target aku nak try ler casting ratlin kat tepi pulau tu mana tau ada GT sesat ker..er er er dasar tekong gelama..hehehe..tapi memang betul pon cakap dia, sebab kami perolehi hasil agak banyak juga, bagi 3 orang yang mancing.....



Pulau Besar, diantara pulau2 kecil yang kelihatan disitu...heheheehee nama jer besar.

Mohamad, salah seorang member memancing aku kat opis, apa apahal kena roger dia dulu, kalau tak roger confirm angin,,, next time kalu ada trip kena offer kat ko dulu...hehehehee



aku, biasaler merangkap jurugambar dan penulis report mancing...tapi kat blog aku jeler, kalau nak post report kat forum, aku jadi tak rajin...hehehehehe


En Suhaimi, hehehee dapat double hooked up tu... brader ni salah seorang boss assist kat dept tempat aku bekerja, memang best dia ni, very committed person...



Aku dengan Tiga Gigi (gelama) si rempit ni kalau makan umpan punya lah ganazzz...boleh terkujat sekejap...kalau pakai 2 joran memang tak menang tangan nya...satu kena henjut , sentap dulu pastu joran tu kepit dengan peha,,lagi satu joran kena henjut kepit kat ketiak baru layan...hahaha bleh ka ini macam...



En Suhaimi posing dengan sirempit karat...walaupun cuaca panas yang memerahkan muka kita orang tetapi tetap ber posing dengan macho nya...good job bro....



Mamat, yang dok dibelakang, besar2 juga yang dia dapat,,apabila tempat aku duduk dah takda ikan terus aku melompat pegi belakang...hehehee jangan mara aaa brader, pasat wa punya lubuk sudah tarak ikan laaaaa...

Gelama adalah sejenis ikan laut yang banyak sekali jenisnya, diantaranya gelama batu, gelama betek, gelama bongkok, gelama hitam, gelama musang, gelama papan, gelama perak, dll. Species Gelama ni memang banyak terdapat diperairan pantai barat lebih lebih lagi di sekitar Pulau Angsa, dia saja yang bedal umpan sebelum ikan lain dapat menjamahnya...



Dia lagi, dan lagi ,,,ermmmm ikan lain tarak ka haiyaaaa.....kami menggunakan mata kail saiz 1/0 dan umpan ikan kembong yang dipotong kecil2, adakalanya kami gunakan potongan yang besar mengharapkan ibu gelama yang menjamah nya (kirim salam, mama gelama kata mancing dekat dekat nak mancing aku konon)....heheheheee


Rata-rata saiz begini memang banyak pada hari kejadian.....





Hasil mamat , lepas jam 4 petang terus bobommm, heheheheee puas tarik ka brader...manyak penat aaaaa...

Hasil aku bersama bro Suhaimi, banyak jugak tu, pari (tuka) ada, gelama ada, malong ada dan kembong pon adaaa aikkk ini ikan umpan,

Tepat jam 5 petang, umpan kembong seberat 4 kilo telah habis digunakan, maka dengan ini kami soh tekong blah dari tempat kejadian...aku kata "Ah Keong aaaaa, kita olang punya kumbong sudah talak wooo, kita olang mau balik laaaa"...Tekong kata "haiyaaaa lu olang bili belapa kilo manyak cepat habisss, wa pakai sotong bili 5 ekor saja tara habis habis" cessss tul tekong...tau lah pakai sotong manyak busat busat ikan dia dapat...dan tu umpan tu tak hancur lepas beberapa kali digunakan...lain kali kalau nak gi mancing kat situ guna sotong jeler..save budget dan ikan galak yang jamah...ntahhh lerrrrr....dah habis citer niii walaupun banyak juga gambar yang aku snap guna H/P cap ayam aku ni...rasanya cukup lerrrr gambor ni meluahkan suasana pada hari kejadian...