Diamond Trevally

The Indian threadfish, Alectis indicus, (also known as the Indian threadfin, diamond trevally, mirror fish and plumed trevally) is a large species of coastal marine fish of the jack family, Carangidae. The species is widespread in the waters of the tropical Indo-West Pacific Ocean, ranging from east Africa to India, Asia, Indonesia and Australia Adult fish tend to inhabit coastal waters over reefs down to 100 m in depth, while juveniles inhabit a variety of environments including estuaries and seagrass beds. The Indian threadfish is similar to the other two species in the genus Alectis, with a slight concavity in the profile of the head the most obvious distinguishing feature. It is a large species, growing to 165 cm and 25 kg in weight. The species is carnivorous, consuming fishes, cephalopods and crustaceans.

Sunday, March 14, 2010

Trip sotong dalam ribut dan Jalan2 cari Eye Mo


Bot telah ditempah pada 24/4/2010, lokasi berdekatan di Pulau Yu diantara Pulau Redang dan Pulau Kapas. Seramai 10 orang pemancing telah diracun mindanya.

Macam biasa ler sebelum pergi berperang senjata kena lengkap dulu, dibawah ini ada beberapa artificial lure (godaan tiruan) perlu dipersiapkan..heheheheee





Yamashita adalah gewang candat yang paling berkesan, bak pemancing kata mencakop untuk sotong. Harga seketul iaitu RM42.00. Gewang ini dimainkan dengan menggunakan teknik casting dan membuat karauan agak perlahan sedikit. Ia dibaling kearah kawanan sotong yang timbul dipermukaan. Gewang ini juga boleh digunakan dengan teknik bottom. Cara membuat perambut untuk teknik bottom seperti perambut memancing ikan dengan menggunakan tanduk dan perambut sepanjang sedepa dan gewang diikat dihujung tali perambut. Teknik ini selalu diperaktik kan diperairan kuala rompin.



Gambar diatas adalah gewang jenis bottom, Ia diikat dengan menggunakan perambut yang telah disulam dengan beberapa cawangan (sepeti perambut apollo) dan dibawah perambut adalah untuk pemberat yang diletakan batu ladung tetapi lebih elok batu ladung digantikan dengan gewang candat yang berat seperti gewang yang didalam kotak gambar diatas. Teknik bottom lebih sesuai jika menggunakan gegelung koyan. Cara memainkan gewang ini adalah dengan melepaskan tali sampai kedasar dan menarik menggunakan tangan dari bawah keatas dan ulang sehingga terasa sotong telah mengena.

(maaf gambar kabur disebabkan guna camera H/P cap ayam lagi pun gambar kurang disebabkan pada hari tersebut kami dilanda ribut yang amat dasyat dan ngeri, ermmm memacam berlaku. so layan jeler cerita dan gambar yang kurang memuaskan dari aku ni)

Tarikh 24/4/2010 jam 4 pagi, kami berkumpul di restoran Azmeer Batu Caves, sambil menunggu ketibaan ahlul trip bleh ler pekena teh tarik. Jam 5.00 pagi, apabila ahlul trip dah sampai kami pon bersiap-siap loading barang dalam kenderaan dan terus bergerak. Kami dari K.L seramai 8 orang bergerak dengan menaiki dua kenderaan. Ahlul kali ini ialah Roslin, Kudin, Aran, Yan, Kimi, Mamat, Amie dan Man. perghh mereka semua ni bukan calang calang lagi dalam arena memancing, diantaranya pernah sampai dilautan obersea...hehehehee...aku jugak yang dok mancing kat parit ajer...hehehehee....

Kami berhenti berehat dan sarapan di RnR Temerloh. Selepas makan2, lepak2 dan gebang2 kami memecut semula di lebuh raya Pantai Timur, dimana ada kemahuan disitu ada highway. Jam 10.00 pagi kami sampai di Kuala Terengganu. Kami berhenti dan sambil mencuci mata, fuyoooo,,fewitttt, aaaaa tu diaaa, perghhhhh, memacam perkataan keluar dari mulut kita orang, hehehehehehee macam jakun, padahal dah biasa kat area situ.


Kimi dan Man berehat sebelum operasi mencandat.

Mamat dan Amie tengok bola.


Setelah pusing2 dia bandaraya Kuala Terengganu kami pun singgah ker rumah mertua Roslin. Terima kasih ku ucapkan pada keluarga mertuanya, peramah sungguh dan menyediakan kudap-kudapan dan tempat berehat untuk kami semua. Jam 3.00 petang selepas mandi kami bergerak keluar semula untuk jalan jalan cari eye mo, eh eh eh silap jalan jalan cari bahan makanan. kami singgah di kedai pancing untuk penambahan peralatan mencandat, lepas kesatu kedai kesatu kedai kami lawati. salah seorang dari kami bernama Kimi ajak pergi melihat Masjid Kristal, perghhh lawa nya masjid ni, dalam tibi nampak besar rupanya kecik jer masjid ini. sempat ler aku snap beberapa gambar.


Aku inter frame dengan Masjid Kristal.

Masjid Kristal tersegam indah.


Selepas Masjid Kristal kami lawati, perut pun dah lapar, apa lagi cari tempat untuk memenuhkan perut ler. Kami singgah di satu kedai makan, ramai nya orang kat situ, macam macam menu disediakan dari nasi berlauk, gulai kawah, bermacam2 sup dan banyak lagi...er er er er jangan order mee bandung udah, memang agak kureng sikit (masin wooo) biasaler masa order pun orang tu dok pikir dua tiga kali...hehehehehee, Tapi makanan lain tip top semua sedap, aku belasah sup perut perghhhh pedas giler...best best best. Aku order nasi goreng telur dadar bungkus untuk makan diatas bot.



Mamat, roslin, dan juragan muda (adik ipar roslin) selepas selesai sesi membedal. Amie dan aran baru sampai, ermmm mana ntah diorang pegi..agak2nya, dok ushar jeng jeng jeng kot...keh keh keh.





Amie, Kimi dan tangan kudin. ermmmm aku nak snap tetiba tangan udoh menjulorrr, heheheheeee.

Selepas selesai acara makan sampai kenyang kami pon beredar ke Jeti. aku pon dah lupa nama jeti tu sebabnya berpusing juga nak sampai kat tempat tu.



Taufik aka Juragan muda katanya...hehehehehe. Nak jadi polis ker atau nak jadi nakhoda kapal ni, hehehee..



Juragan muda memecut bot (er er er sebenarnya bot ni bukannya laju pon, macam kura kura adaler), sekejap kanan sekejap kiri. ish ish ish tak lulus lesen budak ni, hehehehee, lantok ler deme asal kan sampai udoh. Sampai dah tempat candat, laut sungguh tenang, cuaca pada waktu itu sungguh panas sekali dan bulan terang benderang menerangi lautan disitu. Apa lagi sesi tuai hasil laut pun bermula, enjut enjut .. gulung gulung.



Ami dengan seekor sotong, ermmm sorry ler gambar kureng jelas, sebab bot goyang terlalu kuat.


Gambar sotong dah kabur...heheheheheheee




Layan ler video ni, time ribut waktu ni, agak gelap juga, tapi nak buat macam mana. layan jeler, hehehee. Jam 10.00 malam, dengan tiba-tiba langit berubah gelap dan awan tebal menyeliputi kawasan perairan disitu, nampak jelas kilat sabung menyabung. Angin sejuk berderu dengan laju, Kebiasaan dilaut kami dah menjangkakan selalunya keadaan macam ni memang ribut nak datang, huhuhuhuuu sabar jeler, tidak sampai 5 minit tiba-tiba arus laut berubah menjadi deras, alamak betulah sudah dekat ni. waktu itu juga hujan datang mencurah dengan angin yang begitu kuat dan ombak agak besar juga menghempas bot yang kami naiki. Apalagi bot bergoyang dah macam roller coaster...cabutttttt ada yang lari masuk kabin dan tempat driver. Sejam kemudian hujan berhenti tapi laut tak berhenti lagi bergelora, kami memulakan kembali sesi mencandat, agak kurang hasil pada waktu ini dengan keadaan laut masih bergelora, ada yang mabuk teruk masa tu, hehehehee sapa ler tu...kah kah kah kah kah. er er er aku pun hampir jugalah nak dapat mabuk free.




Aksi gua dengan sotong, rata-rata saiz begini kebanyakan yang naik, kemungkinan kami datang tidak tepat pada time menuai nya. Rasanya bulan 5 dan 6 saiznya akan bertambah panjang, ntahlerrr.

Pada keesokan harinya jam 8.00 pagi, dengan keadaan laut masih bergelora, ermmm apa lah nasib kami memancing pada waktu begini. Sepatutnya operasi ni akan ditamatkan pada waktu pagi dan itu memang kami tunggu-tunggu sebab dah tak tahan ombak nya besar besar, huhuhuhuu. Tekong check tong hasil, agak kurang katanya lalu dia melepaskan 3 pukat ikan, agar kami pulang dengan hasil juga..huhuhuhuuu dalam hati kami berkata "apa ler tekong ni, sapa soh lepas jaring,,kita orang ni nak balik lah...kita orang mau mancing sotong bukan jadi nelayan..huhuhu". Pukat pertama ditarik tiada hasil. Pukat kedua ditarik ada ler beberapa ekor ikan parang, kembong dan kerisi. Pukat ketiga mana pegi nya...memang susah nak cari dengan keadaan ombak setinggi beberapa meter susah hendak menjejaki pelampung bendera yang dipacak agak panjang juga, sayup-sayup kelibat hujung bendera berpelampung dibalik ombak-ombak ganas. Aku masih berada diatas tong ikan, memang tempat paling bagus untuk buat taik mata, nasib tak menyebelahi aku, sewaktu pencarian pelampung tersebut ketika waktu itu ombak menghempas bot dengan kuat dan kayu penahan tong telah patah dan aku tercampak ke birai bot hampir terlepas dari bot..huhuhuuu ngerinya, lantas aku mengapai tangan Kudin, nasib baik dia sempat menarik aku kalu tak mungkin terlepas dari bot. jika tidak hahahahaaa sendiri mau ingat ler, confirm aku balik jeti dengan berenang. Selepas keadaan reda, aku terus duduk macam batu disudut bot, tengah memikirkan kejadian tadi. Pukat ketiga sudah dijumpai, ada ler beberapa ekor ikan yang sangkut dijaring dan selepas itu bot terus membawa kami pulang ke jeti.



Aran kepenatan. Apahal brader ni..kah kah kah kah, jangan mare aaaaaaaaa



Hasil tak seberapa jika dibahagi kan pada 10 orang boleh ler bawa balik 3 kilo sorang termasuk ikan. Selepas sesi pembahagian harta, kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Post mortem trip ni :-

1) Bot, lubuk dan servis tidak bagus walaupun mempunyai sonar dan GPS.
2) Masa dan waktu candat tidak tepat pada masanya kerana musim sotong masih terlalu awal sewaktu trip ini dijalankan, sepatutnya dianjakan masa seminggu lagi.



No comments: