Diamond Trevally

The Indian threadfish, Alectis indicus, (also known as the Indian threadfin, diamond trevally, mirror fish and plumed trevally) is a large species of coastal marine fish of the jack family, Carangidae. The species is widespread in the waters of the tropical Indo-West Pacific Ocean, ranging from east Africa to India, Asia, Indonesia and Australia Adult fish tend to inhabit coastal waters over reefs down to 100 m in depth, while juveniles inhabit a variety of environments including estuaries and seagrass beds. The Indian threadfish is similar to the other two species in the genus Alectis, with a slight concavity in the profile of the head the most obvious distinguishing feature. It is a large species, growing to 165 cm and 25 kg in weight. The species is carnivorous, consuming fishes, cephalopods and crustaceans.

Tuesday, October 13, 2009

Geng Mancing serang Perairan Kuala Rompin

Perairan Endau Rompin Oleh : Azizian'Nur Muhd

Bermula dengan berbual kosong akhirnya menjadi kenyataan apabila kami dari beberapa ahli Geng membuat persetujuan ingin menduga di perairan Endau Rompin. Kami belum pernah kesana lagi. Dengar cakap cakap orang boleh tahan juga hasil disana. Setelah mendapat nombor telefon dari rakan kelab lain salah seorang dari kami terus menghubungi tekong bot yang dikenali dengan Pak Ali. Tekong sendiri memberi kami tarikh 07/07/07. Kami semua bersetuju dan membincang persiapan makanan, pengangkutan dan umpan.

Pada malam 06/07/07 iaitu hari jumaat tepat jam 11.00 malam, kami bertolak ke Endau Rompin melalui lebuh raya Pantai Timur. Apabila sampai disempadan Gambang/Kuantan kami berhenti untuk membeli umpan udang hidup yang telah kami tempah pada hari sebelumnya. Setibanya di Jeti LKIM Endau Rompin jam 8.00 pagi, kami lihat bot-bot nelayan laut dalam sedang memunggah hasil laut untuk dipasarkan. Banyak jugak hasil yang mereka perolehi.

Kami terus ke Bot Pak Ali yang telah sedia menunggu kami dengan enjin telah dihidupkan. Kami terus dibawa ke unjam yang pertama. Disitu kami cuma menggunakan teknik apollo sahaja untuk mendapatkan ikan kembong, tamban dan selar hidup untuk dijadikan umpan. Berbekalkan udang hidup dan ikan hidup, kami meneruskan perjalanan ke lokasi unjam kedua. Kami diberitahu lokasi sebenar adalah kapal karam tetapi kami akan singgah memancing disetiap unjam yang terdapat dalam perjalanan ke sana. Kami mengambil masa memancing disetiap unjam kira kira 1 hingga 2 jam sahaja. Dilokasi unjam pertama dan kedua hasil kami sekadar ikan-ikan kecil sahaja.

"Time Rabut"
Sebelum bertolak ke unjam yang ketiga kami diberitahu oleh Pak Ali supaya menggunakan teknik menunda dengan gewang. Rakan saya bernama Roslin terus mengambil set pancingnya iaitu kekili menegak jenama Okuma Titus Gold 20s dengan gandingan joran Ugly Stick Tiger terus menghanyutkan gewang jenama Halco berwarna oren. Setelah 15 minit menunda kami berehat sambil minum kopi 'O' yang dibuat oleh tekong bot, tiba tiba bunyi drag dari kekili mengejutkan kami, Pak Ali menghentikan botnya. Pantas roslin menghenjut jorannya dan bermula aksi yang pertama, masing masing mengambil tempat untuk melihat apakah jenis ikan tersebut, lebih kurang 10 minit pemangsa yang menghentam umpan palsu itu dapat meloloskan diri setelah berhempas pulas roslin mengikut kudrat ikan tersebut. Fuhhh hampehhhh itu lah kata kata terakhir sebelum dia melelapkan mata kerana kemabukan laut.

Pada jam 6.00 petang hari pertama, kami tiba di lokasi sebenar iaitu kapal karam. Air laut terlalu jernih sehingga kami dapat melihat kelibat ikan yang mundar mandir dibawah bot seperti ikan jenis Telinga Gajah, Sotong dan sempat juga kami menaikkan spesis tersebut dengan menggunakan mata kail saiz kecil, seronok juga layan spesis tersebut. Apabila malam menjelma kami disajikan dengan makanan yang dimasak oleh tekong bot. Selepas menjamu selera kami mula memancing. Pak Ali menyarankan kami menggunakan perambut berkuatan 40lbs keatas kerana disitu terdapat ikan yang bersaiz besar. Setelah siap membuat perambut 60lbs sepanjang 2 depa dan mengikat mata kail saiz 4/0 dengan menggunakan umpan Udang hidup, saya telah menaikkan seekor ikan Kaci seberat 2 kilogram. Gandingan kekili spinning Daiwa Opus Bull 6000 dan joran Lemax Grand Tournament mengambil masa menaikan ikan tersebut tidak sampai 2 minit. Manakala rakan pakcik saya telah menaikan seekor ikan jenis Bayan seberat 3 kilo dan beberapa rakan saya juga masing masing menaikkan seekor ikan Jenahak dan Merah. Disitu rata rata ikan seberat 1 kilogram hingga 3 kilogram sahaja. Pak Ali memberitahu kami, dia ingin mengalihkan bot kesebelah kanan supaya apabila umpan dihulurkan akan jatuh ketempat yang disasarkan. Salah seorang rakan saya telah terkena dengan jenis ikan yang kami rasakan bersaiz besar, memang tak dapat dinafikan amat kuat kudrat ikan tersebut terus melarikan umpan kebawah kapal karam dan menyebabkan tali tersangkut. Suasana kembali senyap, ketika rakan saya bernama Din sedang mengelamun tiba-tiba joran nya menghenjut kuat. Dia menggunakan kekili menegak jenama Penn Gti dengan gandingan joran Ugly Stick dan menggunakan umpan seekor kembong hidup akhirnya rabut juga. Kami semua berasa hampa kecewa disebabkan banyak ikan yang bersaiz mega dapat meloloskan diri. Apa nak buat memang bukan rezeki kami pada malam itu. Lebih kurang jam 11.00 malam, keadaan sunyi kembali, tiada getuan ikan mahupun juga bunyian dari kekili masing masing dan ketika itu arus bermula agak kuat dan bot mula bergoyang kadangkala kuat membuatkan kami berasa tidak selesa jesturu itu kami mengambil keputusan untuk merehatkan badan dari 8 orang memancing hingga tinggal 2 orang sahaja yang masih memancing kerana yang lainnya telah mengambil tempat masing masing untuk buat taik mata.

"Pesta Kerisi"
Pada keesokan pagi kami bersarapan roti cecah kuah kari dan kopi 'O' yang dibuat oleh tekong bot, memang menyelerakan sampai licin periuk dikerjakan kami. Semasa menjamu selera tekong bot memulakan perjalanan pulang dan kembali ke lubuk unjam yang telah kami kunjungi seperti semalam. Sampai disana tidak banyak hasil yang diperolehi cuma beberapa ekor ikan kembong dan cermin. Kami meneruskan perjalanan ke satu unjam lagi tetapi hasil kami sungguh meriah memandangkan bot kami yang sampai dulu sebelum bot nelayan, jadi banyak lah ikan jenis kerisi, anak jemuduk, selar dan kembong yang kami perolehi dengan menggunakan teknik Apollo. Memang meriah, masing masing menunggu apabila semua mata sudah mengena barulah tali digulung naik. Ada diantara mereka menggunakan dua joran jadi terpaksa minta pertolongan orang lain supaya menggulung tali mereka.

Setelah berpuas hati dengan ikan kerisi yang penuh satu bakul kami memulakan perjalanan pulang ke Jeti. Sewaktu perjalanan kami memunggah hasil kami dari dalam tong oren besar milik tekong bot ke tong ikan kami. Kami memperolehi hasil tidak kurang hebat juga kerana pelbagai sepesis ada cuma nak dikatakan ikan besar tiada dan jika pada malam tersebut kami tidak mengalami masalah rabut mungkin trip kali ini dikatakan berjaya juga. Mungkin rezeki kami setakat itu sahaja tetapi penuh juga 3 tong Coleman yang kami bawa. Kami semua membuat kesimpulan setiap trip yang dijalankan kadangkala berjaya adakala nya kurang memberangsangkan oleh itu jangan lah ada perasaan ingin berhenti memancing jika tidak dapat hasil yang banyak insyaallah dilain trip mungkin mendapat hasil yang lebih sedikit. Saya pernah dengar orang tua-tua berpesan " Tidak semua yang diimpikan akan kita perolehi ". Terima kasih membaca cerita kami.


Untuk maklumat lanjut
Tekong Bot : Pak Ali
No. H/P : 0139117754

1 comment:

Unknown said...

salam admin, mohon kalau ada kontek terbaru tekong ni atau tekong lain dirompin dpt kongsikan pada saya,, sms 0172575254